Selasa, 23 Januari 2018

Skandal Terowong. Seorang lagi di tahan

The anti-graft agency has detained an engineering consultant to allow probe into the Penang undersea tunnel project.

The woman, in her 50s, was arrested when she arrived at the Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC) headquarters in Putrajaya at 6.10pm Tuesday (Jan 23).

A source familiar with the investigations said the consultant is believed to be involved in the preparation of fictitious claim documents to the tune of RM305mil for the feasibility studies of the projects involving three main roads and the undersea tunnel to the state government.

The source added that the MACC is investigating whether there were other individuals involved in abetting the falsifying of the documents.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/23/macc-detains-engineering-consultant-in-penang-undersea-tunnel-probe/#cPLi5CK8c3rZgm4e.99

Lebih Ramai Tangkapan Dalam Skandal Terowong Bawah Laut


Projek Terowong bawah laut di Pulau Pinang nampaknya masih  panas, kepanasan semakin hari semakin panas.

Setakat hari ini 76 individu telah memberi kenyataan kepada SPRM dan dijangka lebih ramai saksi .
akan dipanggil

Menurut Datuk Seri Azam Baki beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan yang akan dibuat  tidak lama lagi, tetapi tidak menyebut nama-nama individu terlibat.

Justeru beberapa ahli politik kini berada dalam radar SPRM. Pakatan Harapan kini terutama Mahathir Mohamad menjadi bisu sebisunya dalam kes skandal terowong yang dianggap termahal dalam sejarah kejuruteraan awam.

Apa kah Tun Mahathir malu untuk mengkritik kes salah guna kuasa oleh ketua menteri Pulau Pinang? Mahathir lupa atau tidak tahu?

Jika demikian sikap Mahathir ia mengesahkan Mahathir ada masalah otak kerana ada perkara yang dia ingat dan ada perkara tidak.

Atau sememangnya Mahathir seorang Hipokrit kerana menyembunyikan bangkai yang terang-terang busuk tetapi masih mereka cipta fitnah berdasarkan fakta salah daripada Sarawak Report.


Isnin, 22 Januari 2018

Pengusaha teksi perlu ada aplikasi e-hailing

KOTA KINABALU - Pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan e-hailing mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pengusaha perkhidmatan e-hailing biasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, pemandu teksi mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan sistem perkhidmatan teksi mereka sendiri termasuk soal kadar tambang atau menggunakan sistem e-hailing melalui platform e-hailing sedia ada seperti Uber dan Grab.

"Saya sudah berulang kali mengatakan kepada pemandu teksi bahawa mereka mempunyai kelebihan. Mereka boleh menggunakan caj menggunakan tambang mereka sendiri dan boleh mengambil penumpang di tepi jalan.

Kedua, mereka boleh membawa teksi seperti biasa dan pada masa yang sama boleh juga membawa teksi itu dengan menggunakan platform e-hailing dengan menggunakan kadar caj berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) di sini hari ini.

Justeru kata Nancy, beliau menggalakkan pemandu teksi di Sabah agar bertanyakan pengalaman rakan-rakan mereka yang sudah menggunakan e-hailing di tempat-tempat lain seperti di ibu negara untuk mengetahui sendiri kelebihan pemandu teksi menggunakan platform e-hailing itu.

Katanya, pada masa ini, 600 pemandu teksi di ibu negara sudah menawarkan perkhidmatan e-hailing menggunakan platform Uber dan 2,200 lagi dengan Grab.

Malah kata, Nancy pemandu teksi mempunyai pilihan untuk membuka aplikasi mereka sendiri dan buat perbandingan dengan platform e-hailing sedia ada.

Menurut Nancy pihaknya akan mewujudkan lab khusus untuk membincangkan perkara itu di Sabah dalam tempoh terdekat bagi mendengar dan membincangkan sebarang isu berhubung perkara itu dan mencari kaedah menyelesaikannya.

Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan

Tidak habis-habis nak pertikaikan ibadah orang lain. Minggu lepas, Mukhriz telah ditegur oleh mufti kerana mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke dalam Kaabah, kini giliran bapanya pula, Mahathir pertikai jemaah haji 1MDB yang pergi Mekah.

Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas.

Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur.

Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat perumpaan yang Mahathir beri ini.

Ini bukan pertama kali Mahathir menghina ibadah jemaah haji 1MDB. Pada 30 Disember 2016, di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Mahathir turut buat tuduhan yang sama. Cakap jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji tidak mabrur. Mufti pun tegur Mahathir selepas itu. Kemudian ulang lagi tuduhan yang sama terhadap jemaah haji 1MDB pada hari Sabtu lepas.

Apakah Mahathir boleh mengeluarkan fatwa sedemikian rupa? Kenapa beliau begitu anti sangat hinggakan boleh mengeluarkan hukum sedemikian rupa? Jika diikutkan dosa dan pahala, kenapa beliau tidak membenarkan isterinya, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memakai tudung?

Ia bukan fitnah sebaliknya Siti Hasmah sendiri yang mendedahkan kepada portal pembangkang, Malaysiakini pada November tahun lepas mengenai suaminya yang tidak membenarkannya memakai tudung selepas balik dari Mekah.

Bukan Mahathir tidak tahu bahawa Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Bagaimanapun pula dengan gambar cucunya, Othman Mirzan yang memeluk anjing baru-baru ini sehingga menjadi viral? 

Tetapi apa yang menjadi kemarahan orang ramai ialah bagaimana beliau boleh menjatuhkan hukum bahawa jemaah haji yang menunaikan ibadah berkenaan atas tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur dan menggunakan duit curi.

Sudah beberapa kali Mahathir ditegur oleh mufti kerana pandai-pandai mengeluarkan fatwa seperti itu, tetapi beliau tidak menghiraukannya malah dalam ceramah di Kampung Bukit Jambul, Kedah pada hari Sabtul lepas, Mahathir sekali lagi membangkitkan isu berkenaan.

Ia menyebabkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sekali lagi menegur calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

“Kita tidak boleh komen kerana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

“Apatah lagi usaha kerajaan untuk membawa orang yang tidak berkemampuan menunaikan haji adalah satu kebajikan dan tugas untuk bantu rakyat. Sama ada dana 1MDB diragukan atau tidak, tidak berbangkit untuk tentukan mabrur atau tidak,'' katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Seramai 5,711 jemaah haji dengan tajaan sebanyak RM57 juta telah ditaja oleh 1MDB sejak lima tahun lepas. Dalam satu kenyataan media pada 10 Januari 2017 lagi, 1DMB telah menjawab tuduhan haji tidak mabrur yang dituduh oleh Mahathir itu.

"Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji. Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat. Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia," tulis kenyataan 1MDB pada 10 Januari 2017.

Daripada sejumlah dana RM690 juta itu, sejumlah RM57 juta telah digunakan oleh 1MDB. Ini bermakna kira kira 8.2% digunakan untuk taja jemaah haji. Setiap syarikat membuat  Coporate Social Responsibility, CSR, sama juga seperti 1MDB.

Mahathir sudah terdesak sudah. Bila ceramah di Kedah sahaja, asyik hina jemaah haji 1MDB kononnya pakai duit curi dan tidak mabrur. Kenapa hendak hina ibadah orang lain untuk menagih undi. DAP senyum sahaja lihat apa yang Mahathir tuduh ini. DAP seronok melihat Mahathir jadi ‘screw’ Melayu.

Soal dosa pahala orang adalah kerja Tuhan. Jangan kita ambil kerja Tuhan. Itu yang dipesan oleh mufti.

Rakyat kena percaya cakap mufti mengenai hukum agama, jangan percaya cakap orang yang sudah kena “screw” dengan DAP. Semalam pun, sudah dipesan oleh Presiden Aswaja, haram bagi umat Islam sokong DAP. Inilah jadinya bila sudah jadi boneka DAP, sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kuasa.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB748, Isnin
22 Januari 2018

Ambiga mahu ahli PAS undi PH



Bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dilihat meniru strategi DAP apabila menyeru akar umbi PAS kembali mengundi pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.

Walau bagaimanapun Ambiga berkata rayuannya itu hanya untuk akar umbi parti Islam itu sahaja dan bukannya untuk pimpinan PAS.

“Saya cuma boleh berharap yang ahli PAS, bukan pemimpin mereka, untuk mengingat kembali perjuangan rakyat kerana mereka (ahli PAS) bersama kita dalam Bersih, berganding bahu melawan kerajaan, melawan sistem.

“Saya berdoa agar rakyat (penyokong PAS) di peringkat akar umbi sedar bahawasanya yang cukup itu, cukup lah,” kata Ambiga dalam forum “Post-1MDB and Malaysia: What Future Can We Have” di Kuala Lumpur semalam.

Menurut The Malaysian Insight, rayuan Ambiga itu ditujukan buat penyokong PAS peringkat akar umbi memandangkan pemimpin parti Islam itu “telah menyatakan hala tuju mereka.”

Tambah Ambiga, kerajaan persekutuan BN tidak akan berubah kecualilah rakyat Malaysia mengundi untuk menolak mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Kerajaan rasuah tidak akan berubah. Logiknya mudah, sudah tentu mereka akan guna pelbagai helah. Mereka akan guna (isu) perkauman tebal dan agama.

“Jangan pandang rendah pengaruh mereka (ahli PAS) dalam pilihan raya akan datang. Saya harap ahli-ahli PAS ingat kembali apa yang mereka perjuangkan,” katanya.

Strategi pecah dan perintah yang dirayu oleh Ambiga itu hampir sama dengan taktik yang digunakan DAP pada 2015 berkenaan hubungan dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya parti itu sendiri.

Kata Guan Eng, DAP tidak pernah memutuskan apa-apa hubungan dengan PAS dan Abdul Hadi itu tidak mewakili parti itu secara keseluruhan.

Tambahnya, Abdul Hadi dan PAS adalah dua entiti yang berbeza.

AIDC

Dap Keras Kepala







Sudahlah setiap minggu membuat posting jelik yang menghina pemimpin negara khususnya kepada perdana menteri dan isteri, tak terkecuali kepada menteri besar Perak.

Dah kena serbu dengan SKMM pun masih tunjuk gedebe lagi.  Sepupu dia Ngeh pun sama juga mempertahankan kerja jelik sepupunnya.

Kalau ikut sejarah penghinaan terhadap kepimpinan negara, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan paling jelik ialah penghinaan terhadap agama Islam.

Berikut adalah petikan daripada FMT yang menunjukkan keangkuhan dua sepupu ini.



Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, yang kini sedang disiasat oleh pengawal internet di negara itu melalui penyiaran Facebooknya, enggan memberikan akses kepada akaun e-melnya.
Ahli Parlimen DAP Ngeh Koo Ham, yang merupakan Ahli Parlimen Beruas, berkata penyiasat dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menuntut kata laluan untuk akaun e-mel Nga.
"Nga enggan mematuhi akaun yang bersifat peribadi dan sulit. Mereka tidak mempunyai hak untuk mengaksesnya.
"Nampaknya dia diberitahu untuk bekerjasama atau menghadapi tuduhan. Nga tidak berganjak.
"Apa yang mereka lakukan kepada Nga adalah sama dengan menghalang seorang anggota Parlimen daripada menjalankan tugasnya di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan," katanya kepada FMT.
FMT telah menghubungi SKMM tetapi belum menerima respons terhadap tuduhan itu.
Ngeh berkata Nga dibebaskan tanpa syarat pada pukul 9 malam semalam.
Terdahulu semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyerbu rumah Nga serta pusat khidmatnya dan rumah ibu bapanya.
Difahamkan pegawai SKMM juga merampas telefon bimbit dan komputer riba.
Nga, yang merupakan Ahli Parlimen Taiping, berkata tindakan MCMC dikaitkan dengan komen-komen yang kritikal terhadap kerajaan yang telah dipostingnya di media sosial.
Beliau berkata beliau dimaklumkan bahawa SKMM sedang menyiasatnya di bawah Seksyen 233 (1) Akta SKMM, untuk menggunakan kemudahan internet secara salah.
Siaran Facebook terbaru Nga adalah gambar monyet, mengutuk Umno untuk kenaikan harga bahan api terkini yang diumumkan semalam.

Pengundi Islam wajib menolak Dap

👇Sekadar penelitian. Apa kata Prof Dr Ridhuan Tee.

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kaum kerana Islam adalah universal. Saya pun keturunan cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya. 

DAP BAIK...PKR BAIK...PH BAIK...

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka? 

Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. 

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan 'Adios Harun Din'. Mereka tak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'setan', mereka diam.

Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN: 
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible - Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi issue - Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad - Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18thn - Penyokong DAP

Semua Isu nie disokong 100% oleh DAP. Malangnya melayu Islam kita di dlm PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan sokong DAP lalu menghina PAS, walaupun mereka nampak DAP adalah musuh Islam yang Nyata!!!!

Diktator dan gila kuasa

Sungguh melucukan sekali bila melihat bagaimana sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap Pengerusi Pakatan Harapan yang dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, berusaha keras menafikan bahawa beliau adalah seorang diktator sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 ke tahun 2003.

Bahawa Tun Dr Mahathir telah menulis catatan bagi menafikan perkara ini, di bawah tajuk "The Dictator", di dalam blog beliau pada 17 Ogos 2017 dan beliau telah sekali lagi menulis satu catatan yang jauh lebih panjang bagi menafikan perkara ini, juga di bawah tajuk "The Dictator", di dalam blog beliau pada 17 Januari 2018 jelas menunjukkan usaha beliau bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukanlah seorang diktator menemui kegagalan.

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator bukan sahaja dinyatakan oleh para pemimpin parti pembangkang yang menerima layanan teruk daripada beliau sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga oleh para pemimpin yang pernah berdamping rapat dengan beliau di dalam UMNO dan di dalam kerajaan, termasuklah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam buku beliau bertajuk "Frankly Speaking" terbitan Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd pada 2016 contohnya, Tun Musa menulis mengenai corak pemerintahan authoritarian Tun Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu kegagalan yang amat sangat ("an abject failure"), di mana Tun Dr Mahathir dikatakan mengelilingkan diri dengan "yes men", mempunyai pandangan tetap mengenai sesuatu serta membenci perbincangan dan perdebatan.

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga disebut oleh pelbagai tokoh lain seperti bekas Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, Tommy Thomas, di dalam buku beliau bertajuk "Abuse Of Power" terbitan SIRD pada 2016 yang menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "a very authoritarian leader who did not brook dissent", begitu juga dengan Barry Wain yang, di dalam buku beliau bertajuk "Malaysian Maverick" terbitan Palgrave MacMillan pada 2009, malah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "an uncrowned king".

Bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator juga telah dihuraikan secara panjang lebar di dalam beberapa buah tesis kedoktoran yang dihasilkan oleh cendekiawan rakyat Malaysia bahkan oleh cendekiawan bukan rakyat Malaysia dari beberapa buah universiti ternama di dunia sekali gus menyebabkan dakwaan bahawa beliau bukanlah seorang diktator perlu dikemukakan oleh cendekiawan lain melalui tesis kedoktoran lain untuk dilihat berwibawa.

Antara tesis kedoktoran tersebut adalah tesis Tan Sri Dr Rais Yatim bertajuk "The Rule Of Law And Executive Power In Malaysia: A Study Of Executive Supremacy" dari King's College, London, pada 1994 dan tesis In-Won Hwang bertajuk "Changing Conflict Configurations And Regime Maintenance In Malaysian Politics: From Consociational Bargaining To Mahathir's Dominance" dari Australian National University, Canberra, pada 2001.

Tun Dr Mahathir sendiri mengakui pada 27 Mac 2016 bahawa beliau adalah seorang diktator tetapi ia tidak mendatangkan masalah kerana rakyat Malaysia kononnya tidak berdemonstrasi terhadap beliau. Beliau sebelumnya mengakui pada 18 Oktober 2010 bahawa beliau "enjoyed" dengan dakwaan bahawa Malaysia telah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun kerana sekurang-kurangnya beliau fikir Malaysia telah mencapai kemajuan.

Bagaimanapun, berbanding memperkatakan segala rekod pemerintahan beliau yang sudah sedia diketahui umum, mungkin adalah lebih baik untuk kita meneliti kembali segala ucapan, kenyataan dan tulisan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang menunjukkan bahawa, bagi beliau, sistem authoritarian adalah lebih baik berbanding sistem demokrasi, sekali gus menyebabkan beliau sepatutnya berbangga dengan gelaran diktator kerana ia selari dengan pemikiran beliau.

Di dalam ucapan beliau di "The Second Lecture Of The Ho Rih Hwa Public Lecture Series" di Singapura pada 11 Oktober 2004, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak akan menghasilkan kerajaan yang kuat dan memuji para pemimpin authoritarian Asia terdahulu, iaitu "The Meiji Emperor of Japan, the Kings of Siam, Chiang Kai Shek of Taiwan, Deng Xiao Peng of China, Park Chung Hee of South Korea", kerana memajukan negara mereka.

Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Political Stability And Sustainability As A Key Success Factor In Developing Malaysia" di Putrajaya pada 12 April 2006, Tun Dr Mahathir mendakwa seorang diktator yang baik ("a benevolent dictator") adalah jalan penyelesaian untuk mengembalikan kestabilan di negara Iraq. Kata beliau, demokrasi gagal kerana ia membawa ketidakstabilan dan memperlahankan pembangunan ekonomi.

Di dalam ucapan beliau di forum "The Creation Of The Global Citizen: Media Liberalisation And The New Political Realities" di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2010, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi adalah satu ideologi yang gagal dan memuji sistem authoritarian yang diguna pakai oleh negara China yang telah membawa kemajuan sehingga menjadikan negara itu antara negara terkaya di dunia walaupun tanpa kewujudan "freedom, liberty and equality".

Di dalam buku beliau bertajuk "A Doctor In The House" terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd pada 2011, Tun Dr Mahathir menyebut tidak boleh berlaku pemisahan kuasa penuh antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman dalam demokrasi kerana ia akan menyebabkan negara dibawa ke pelbagai arah. Kata beliau, mesti wujud persefahaman dan penyelarasan antara ketiga-tiga badan ini di mana setiap badan mesti tahu batasan kepada domain mereka.

Di dalam kenyataan beliau selepas menyampaikan ucapan pada "HT Leadership Summit 2011" di New Delhi pada 3 Disember 2011, Tun Dr Mahathir mendakwa negara India boleh menjadi setanding dengan negara China dari segi pembangunan jika ia menjadi "kurang demokratik". Kata beliau, demokrasi tidak sentiasa menjamin kestabilan dan kemakmuran kerana ada waktunya demokrasi boleh melumpuhkan proses pembuatan keputusan.

Di dalam ucapan beliau di "The University Santo Tomas' Special Convocation And Conferment Of Honorary Professorship And The Neo-Centennial Lecture" di Manila pada 11 Jun 2012, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi tidak menyebabkan rakyat menikmati satu kehidupan yang lebih baik berbanding waktu mereka berada di bawah pemerintahan autokratik kerana demokrasi akan menghasilkan satu kebuntuan ("would result in a stalemate").

Malah, di dalam tulisan beliau di blog beliau pada 29 April 2014 sekalipun, Tun Dr Mahathir mendakwa demokrasi selalu gagal untuk membekalkan negara-negara dengan tadbir-urus baik ("has often failed to provide countries with good governance") dan bahawa kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti disekat pada kadar yang tertentu ("free speech, free press, demonstrations and strikes must be circumscribed to some degree").

Oleh itu tidak sepatutnyalah Tun Dr Mahathir membuat sesuatu perkara yang sia-sia dengan cuba menepis dakwaan bahawa beliau adalah seorang diktator yang mungkin akan menjadi seorang diktator kembali jika beliau diberi peluang untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia semula kerana, selain daripada segala rekod pemerintahan beliau, segala ucapan, kenyataan dan tulisan beliau sebelum ini menunjukkan bahawa, bagi beliau, seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat.

Bila Tun Dr Mahathir sendiri berpandangan bahawa seorang diktator/autokrat memang jauh lebih baik berbanding seorang demokrat, maka sepatutnya tiada sebablah untuk beliau marah-marah bila beliau dipanggil sebagai seorang diktator/autokrat malah beliau sepatutnya kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi di samping sepatutnya berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat.

Bagaimanapun, jika Tun Dr Mahathir kekal dengan prinsip beliau mengenai kebaikan sistem authoritarian dan keterukan sistem demokrasi serta berbangga bahawa beliau seorang diktator/autokrat, maka apa pula yang akan terjadi dengan segala janji Pakatan Harapan untuk mendemokratikkan dengan sepenuhnya negara Malaysia jika ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14? Tak mengapa, demi kuasa, boleh lupa segala apa yang diucap, dinyata dan ditulis dulu.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


Guan Eng dan terowong

Lim Guan bagi sampai RM305 juta pada kontraktor terowong buat kajian atas kertas sahaja. Dekat warga emas di Pulau Pinang, Guan Eng bagi RM10.80 sahaja sebulan pun dah bangga tak sangga dah. 

Tengok ni pakcik nelayan ni kata apa kat Guan Eng. "Kejadian tambak laut kat Penang ni dah macam satu pesta dah" kata dia. Kerajaan BN bagi RM10 satu hari kat nelayan, Guan Eng sekupang pun tak bagi kat depa ni. 

Hampa tengoklah sendiri video ini. 


Memang tak guna punya CM

Berita hari ini


*22 Januari 2018 - Isnin*
*5 Jamadilawal 1439 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. KUALA NERUS: Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dibina di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, di sini, tahun depan. Poliklinik ATM yang bakal beroperasi sama seperti hospital daerah itu turut akan menyediakan pelbagai perubatan kepada anggota dan keluarga serta veteran ATM.
2. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, isu perumahan mampu milik sentiasa menjadi fokus utama kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila pelbagai inisiatif dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.
3. PONTIAN: Enam nelayan tempatan yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara republik berkenaan dijangka dibebaskan hujung bulan ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata mereka dijangka dibebaskan antara hujung bulan ini dan pertengahan Februari depan. Prosesnya mengambil masa sedikit. Begitu juga nelayan Indonesia ditahan di negara kita yang terpaksa melalui proses perundangan supaya semua dapat berjalan dengan lancar.
4. ALOR GAJAH: Projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Gemas-Johor Bahru (JB) Sentral yang bermula bulan ini dijangka siap dalam tempoh empat tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Rani Hisham Samsudin, berkata laluan itu akan menyediakan perkhidmatan ETS secara terus dari JB Sentral, Johor Bahru ke Padang Besar, Perlis.
5. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan nasihat dan teguran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika Majlis Perutusan Tahun Baru 2018 kementerian itu adalah selaras arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 6 April 2009. Ia membabitkan Larangan Pembabitan Dalam Politik Ke Atas Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
6. TELUK INTAN: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sudah menghantar surat bantahan kepada 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) berhubung cadangan blok itu mengharamkan Bahan Api-Bio Berasaskan Minyak Sawit di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED) menjelang 2021. Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata kementerian itu menghantar surat bantahan itu menerusi pejabat kedutaan negara EU di negara ini, kelmarin.
7. SHAH ALAM: PAS akan meletakkan calonnya bertanding pada lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) depan, dengan harapan memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika menang lebih 130 kerusi, PAS sudah bersedia membentuk Kerajaan Persekutuan.
8. BENTONG: Inisiatif FELDA 2.0 memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan komuniti peneroka yang pintar dan mapan dalam semua aspek. Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, berkata ia adalah usaha berterusan FELDA bagi menaik taraf aspek ekonomi, alam sekitar, pendidikan, teknologi dan kesihatan di setiap daripada 317 tanah rancangannya di seluruh negara.
9. RANTAU PANJANG: Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan segala kandungan yang disebarkan di internet, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari, berkata penyebaran fitnah ini sentiasa berlaku setiap kali pilihan raya, khususnya daripada pihak pembangkang.

➡ *POLITIK*
1. KUALA LUMPUR: Permintaan pakatan pembangkang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi keputusan dan dasar luar negara, dengan bakal calon Perdana Menteri dari pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) disifatkan sebagai satu jenaka. Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff turut menyifatkan permintaan itu sebagai gelojoh kerana pembangkang lebih mengutamakan kepentingan negara asing, menerusi angan-angan mereka akan menjadi kerajaan selepas PRU-14 nanti.
2. TUARAN: Pembangkang boleh melupakan sahaja angan-angan untuk menawan kerusi Parlimen Tuaran dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dinaunginya iaitu Sulaman, Kiulu dan Tamparuli pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata jentera parti itu akan berjuang habis-habisan bukan sahaja bagi memastikan Parlimen Tuaran dan DUN Sulaman serta Tamparuli kekal milik BN, malah merampas semula DUN Tamparuli daripada pembangkang.
3. SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan isu politik dalam pentadbiran negeri yang mendapat mandat daripada rakyat.
Perkara itu dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri, Sallehen Mukhyi, berhubung dakwaan pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu pada tahun ini berjumlah RM800,000.
4. ARAU: Pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) diminta tidak melayan apa saja tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap parti berkenaan, sebaliknya memberi fokus dalam membantu rakyat. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata serangan berbentuk peribadi yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. "Semua kenyataan, tuduhan dan serangan itu hanya mengurangkan sokongan terhadap mereka (gabungan pembangkang).

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangkakan sebanyak 29,641 pekerjaan baharu diwujudkan dalam industri automotif tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari, berkata daripada jumlah itu, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu turut menjangkakan 31 peratus adalah terdiri daripada kelompok pekerja mahir dan sangat mahir.
2. KUALA LUMPUR: Eksport kayu balak negara bagi tahun 2017 berkemungkinan melebihi RM23 bilion berikutan permintaan global yang semakin stabil. "Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu, kita mencatat sejumlah RM21.40 bilion dalam eksport kayu, dengan sebahagian besar disumbangkan oleh jualan perabot kayu, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.
3. KUALA LUMPUR: Nilai tanah terbiar tidak boleh dibandingkan dengan nilai projek hartanah yang dimajukan dan mendapat sambutan baik, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar. Justeru, katanya, rujukan bahawa harga projek Battersea Power Station (BPS) kini 1,000 kali ganda lebih mahal daripada harga asal adalah berniat tidak baik.

➡ *AGAMA*
1. Dari Abu Mas’ud r.a : Nabi saw bersabda,”Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah.” 

➡ *LUAR NEGARA*
1. KABUL: Sekurang-kurangnya 18 orang termasuk 14 warga asing terbunuh dalam serangan berdarah, didakwa dilakukan Taliban di sebuah hotel mewah di ibu kota ini.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, empat rakyat tempatan juga maut dalam insiden itu.
2. ALGIERS: Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat berhubung krisis kemanusiaan, ketika pertempuran semakin memuncak di Syria. Gesaan disuarakan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian di luar mesyuarat negara Mediterranean barat di sini.
3. BEIRUT: Seramai lapan orang awam disahkan terbunuh dalam serangan udara pasukan Turki di Afrin, utara Syria, Ahad. Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain berkata, antara mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak, dalam serangan di perkampungan Jalbara.

➡ *SUKAN*
1. KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) masih menunggu keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung lokasi stadium ragbi kekal pertama negara ini, yang akan dibina di Putrajaya. Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata beliau dimaklumkan oleh KBS dan MSN bahawa dua lokasi di Putrajaya telah dikenal pasti bagi pembinaan stadium ragbi berkenaan yang kosnya dianggarkan sebanyak RM10 juta.
2. LONDON: Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez dan pemain tengah Manchester United, Henrikh Mkhitaryan akan menjalani ujian perubatan selepas perjanjian pertukaran dua pemain itu hampir muktamad, kata laporan. Akhbar Mirror melaporkan Sanchez dijangka tiba di Manchester bersama ejen Fernando Felicevich, dengan ujian perubatan dijadualkan berlangsung pada petang Ahad (hari ini), sementara Sky melaporkan yang Mkhitaryan akan menjalankan ujian sama di London.
3. KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria mengakui beliau adalah peminat Liew Daren. Ketika mengulas mengenai Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini, Norza menjelaskan badan induk itu sentiasa terbuka untuk menerima pemain profesional menjadi sebahagian daripada skuad pada acara berpasukan seperti Kejohanan Badminton Asia bulan depan dan Piala Thomas di Bangkok, Thailand pada Mei nanti.

*_BIRO IT UMNO BUKIT GANTANG_*
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
*_"Jauhi Fitnah, Semak Sebelum Sebar (3S)"_*

Ahad, 21 Januari 2018

Ketua Menteri Pulau Pinang kaki kelentong

Lim Guan Eng mengulangi bahawa tidak satu sen telah dibayar untuk projek terowong itu, sambil menambah bahawa tidak mungkin apa-apa pembayaran, sama ada secara tunai atau swap tanah, akan berlaku dari kerajaan negeri kepada kontraktor, melainkan jika bebas yang dilantik jurutera memeriksa (ICE) mengesahkan dan menyokong tuntutan tersebut.

"Untuk apa-apa sogokan berlaku, HSSI mesti menjadi sebahagian daripada permainan rasuah ini. Tiada laporan dalam media BN bahawa HSSI juga terlibat.

"Bagaimana pula sogokan itu berlaku tanpa kelulusan atau sanksi dari HSSI?" Soalnya.

Menurut Lim, mekanisme kawalan yang melibatkan ICE menghilangkan kuasa daripada ahli politik untuk memutuskan pembayaran, yang melindungi terhadap sogokan.

Itulah alasan Lim Guan Eng di atas.

Eh .. Jurutera pemeriksa (yang mana Kerajaan Pulau Pinang membayar bayaran RM11.2 juta lagi), hanya memutuskan jika tonggak tonggak tertentu telah dicapai dan oleh itu bayaran boleh dibuat.

Mereka berada di NO POSISI untuk menentukan amaun yang perlu dibayar kerana ini adalah seperti jumlah yang dipersetujui dalam kontrak yang ditandatangani dengan SPV.

Ia boleh menjadi 400% atau 1,000% terlalu mahal tetapi jurutera pemeriksa tidak mempunyai kuasa untuk mengubah ini kerana ia bukan peranannya.

Bagi Guan Eng untuk menyembunyikan "jurutera pemeriksa" ini adalah tindakan yang pasti.

Dan sekali lagi, Guan Eng menyembunyikan di sebalik "tidak sen satu" telah dibayar apabila jelas kepada semua orang yang telah diberikan Tanah Pinang sebagai pembayaran dalam bentuk. Atau tanah laut Pulau Pinang tidak bernilai wang sama sekali.

Satu lagi tindakan terdesak adalah Guan Eng yang mengancam untuk menyaman 4 akhbar untuk membawa kenyataan Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang menggagalkan tuntutan "tidak satu sen" Guan Eng yang memanggil Guan Eng pembohong.

Mengapa anda membuli media untuk melakukan tugasnya?

Namun satu lagi tindakan yang lebih terdesak dari Guan Eng menuduh SPRM melayan kebocoran "berita palsu" bahawa beberapa ahli politik menerima tendangan belakang.

Ini adalah kenyataan yang paling tidak masuk akal dan bertentangan diri.

Halo, jika ia "palsu" maka bagaimanakah ia datang dari penyiasatan SPRM?

Atau adakah anda menyedari bahawa berita palsu ini memang benar dan berasal dari SPRM?

Jika memang benar, maka mungkin anda mempunyai kes mengenai SPRM.

Jadi, adakah berita bahawa beberapa ahli politik telah menerima sokongan sebenar atau palsu?

pembelian aset komersial Fasa 2 projek Battersea Power Station


Isu: pembelian aset komersial Fasa 2 projek Battersea Power Station (BPS) bernilai 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion).

Ada pihak tak puas hati kejayaan projek BPS - Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Kesangsian ini disebarkan pihak di United Kingdom yang tidak berpuas hati dengan kejayaan projek pembangunan semula tersebut.

"..rujukan bahawa harga projek BPS kini 1,000 kali ganda lebih mahal daripada harga asal adalah berniat tidak baik."

"Ada pihak lain yang mahu membeli bangunan ikon ini daripada konsortium pemaju tetapi kami mahukannya sebagai pelaburan."

Fakta:

* Latarbelakang:
- projek pembangunan semula BPS oleh konsortium Malaysia.
- konsortium Malaysia: Sime Darby Property, SP Setia dan KWSP.
- nilai pembelian aset: 1.608 bilion pound (RM8.76 bilion).
- KWSP dan PNB sudah memeterai Terma Utama (HoT) bersama Battersea Phase 2 Holding Company Limited bagi memulakan rundingan awal membeli aset komersial Fasa 2 projek pembangunan BPS.

* nilai tanah terbiar tidak boleh dibandingkan dengan nilai projek hartanah yang dimajukan dan mendapat sambutan baik.

* fasa satu kediaman sudah siap dengan keuntungan diperoleh agak besar.

* bangunan komersial utama BPS, termasuk pusat beli-belah dan ruang pejabat, akan diduduki Apple yang menyewa kawasan seluas 500,000 kps.

* KWSP &  PNB akan membeli bangunan itu apabila ia siap dan dengan pulangan sewa yang baik.

* rancangan pembelian projek itu dibuat bersandarkan pertimbangan pelaburan tulen.

* tiada campur tangan atau arahan daripada Kementerian Kewangan.

* kawasan sekitar BPS giat membangun dan akan menjadikan lokasi popular di London pada masa depan.

PARLIMEN BUBAR TIADA LAGI PEMERINTAH?



1. Perlembagaan negara kita tidak ada konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.

2. Ini diakui sendiri oleh Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Kit Siang pada 17 Januari 2008:

"Sukacita dimaklumkan bahawa dalam kerangka undang-undang pilihanraya Negara kita termasuk Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan adanya 'Caretaker Government'. Oleh yang demikian, apabila pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berlaku, maka kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia."

3. Dalam realiti politik negara kita, kerajaan yang memerintah akan terus menerajui pemerintahan sehinggalah kerajaan baru ditubuhkan.

4. Tun Mohd Salleh Abas dalam bukunya bertajuk "Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia" terbitan DBP di muka surat 115 turut menyatakan hal yang sama bahawa apabila parlimen dibubarkan, Perdana Menteri dan menteri-menteri lain tidak perlu meletakkan jawatan melainkan jika mereka kalah dalam pilihan raya umum yang diadakan berikutan pembubaran parlimen itu.

5. Perlembagaan Malaysia Perkara 43(2)(b) juga secara jelas telah menerangkan:

"Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: 

…tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara."

6. Malah, ini turut disahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 3 April 2013 bila mana beliau berkata kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat mentadbir negara dan padanya tidak berlaku kecacatan termasuklah dalam bidang ekonomi dan politik.

"Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat".

7. Beliau juga turut mengesahkan bahawa tidak ada istilah kerajaan sementara di dalam Perlembagaan Malaysia.

8. Ini bermakna, pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai pilihanraya.

9. Oleh itu, pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi ulil amri dan tidak perlu diberikan ketaatan adalah suatu kesimpulan yang salah.

10. Maka, syubhat yang menyatakan ketika parlimen bubar tiada pemerintah, jadi mengundi pembangkang bukanlah menjatuhkan pemerintah dan bukanlah tindakan khawarij adalah sangat tidak betul.

11. Hakikatnya, walaupun parlimen dibubarkan, pemerintah masih ada dan masih pemerintah yang sama. Mengundi pihak lawannya adalah bererti mengundi untuk menjatuhkan pemerintah Islam semasa. Ini jelas adalah tindakan khawarij!

12. Apatah lagi, pemerintah telah meminta mandat memberikan undi kepada Barisan Nasional yang mana arahan ini bukan sama sekali arahan batil dan kita wajib ditunaikan samada suka atau tidak berdalilkan dari hadis Nabi ﷺ,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Dari Ibnu Umar, Nabi ﷺ bersabda,

"Bagi setiap muslim, wajib taat dan mendengar kepada pemerintah kaum muslimin dalam hal yang disukai mahu pun hal yang tidak disukai (dibenci) kecuali jika diperintahkan dalam maksiat. Jika diperintahkan dalam hal maksiat, maka boleh menerima perintah tersebut dan tidak boleh taat (tidak taat dalam hal kemaksiatan itu sahaja, -pent)." [HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839].

Allahua'lam.

Kredit:
1. Dr Abdul Rahman Abdul Kadir II
2. Abu Taqiyuddin

#UB
#JanganJadiKhawarij
#KhawarijAnjingNeraka
#TaatPemerintahDalamHalMakruf