Selasa, 29 November 2016

Mahathir Ada ‘Super Ego’ Yang Kuat, Sentiasa Mahu Menang

PUTRAJAYA, 29 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memahami  bekas pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai `super' ego yang kuat dan sentiasa mahu menang.

Bagaimanapun, Najib berkata, beliau mempunyai kaedah dan cara untuk mendepani Dr. Mahathir serta serangan dilakukan ke atasnya, dalam usaha untuk menumbangkan beliau.

mahathir-saman-najib-1024x686 "Saya merasa serasi dengan sokongan dalam parti, maknanya apa yang cuba dibuat untuk tumbangkan saya dalam parti tak berjaya," kata Najib dalam temubual khas bersama Perdana Menteri dalam rancangan Soal Jawab sempena #PAU2016 yang disiarkan oleh TV3, Isnin malam.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai serangan demi serangan yang dilakukan oleh pembangkang, namun beliau sentiasa tenang dalam berdepan dengan serangan itu.

Menurut Najib, semua itu adalah mainan politik termasuk usaha mendapatkan tandatangan menerusi deklarasi rakyat serta mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja, namun gagal.

Pada 21 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilaporkan telah menjelaskan kepada Dr. Mahathir bahawa deklarasi pembangkang yang dibuat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Melihat kepada keadaan itu, Najib berkata, pilihan yang ada bagi pembangkang ialah menyerang beliau kerana untuk menumbangkan sebuah parti, mereka perlu menyerang presidennya.

Najib turut ditanya mengenai penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Menurut Perdana Menteri, kesannya tidak sehebat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari UMNO dan menubuhkan PKR.

"Kalau kita kaji fenomena PKR ditubuhkan, Anwar keluar UMNO, gelombang itu lebih, daripada hari ini, kesan tidak sama, tapi di mana bahagian Parlimen ada orang tidak puas hati dan mereka kumpul orang seperti ini untuk menentang parti kita.

"Itu saya sedar tetapi `never underestimate your opponent'. Ini mesti ada dalam sikap UMNO. Bukan takut tetapi kita mesti lakukan apa yang patut kita lakukan untuk kekalkan kekuasaan yang ada," katanya



Sent from Samsung tablet.

Ahad, 27 November 2016

Tunku Abdul Rahman Utamakan Perpaduan Kaum, Kata Tengku Razaleigh

Perpaduan kaum merupakan asas utama yang mendasari perjuangan dan pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atas dasar itu juga, katanya ketika negara mahu menuntut kemerdekaan daripada penjajah British, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu presiden UMNO telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan MIC kerana percaya hanya melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.

Beliau berkata inisiatif beliau dalam mewujudkan parti gabungan iaitu Parti Perikatan yang menggunakan lambang 'Kapal Layar' pada masa itu telah Berjaya menyatukan kaum-kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

"Tunku Abdul Rahman menegaskan kemerdekaan negara akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India," katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga bekas naib presiden UMNO berkata gabungan itu kemudiannya menjadi sebuah badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara memperolehi kebebasan mutlak pada 31 Ogos 1957.

"Parti Perikatan ini kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah gabungan parti politik yang menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini," katanya.

Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri Malaysia dari 31 Ogos 1957 hingga 22 Sept 1970. Beliau meninggal dunia pada 6 Dis 1990 pada usia 87 tahun.

Syarahan mengenai al marhum Tunku Abdul Rahman yang merupakan Bapa Kemerdekaan negara dianjurkan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama USM, Think City dan Arkib Negara Malaysia bersempena forum 'Visi Tunku Abdul Rahman Terhadap Perpaduan dan Kemakmuran Negara' yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar USM.

Panel forum terdiri daripada Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang; Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saifulruddin Wan Jan dan kolumnis akhbar The Sun R.Nadeswaran. Ia dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM Mohamad Abdullah.

Ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan itu, Tengku Razaleigh berkata sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu berikutan ramai dalam kalangan generasi muda tidak tahu tentang peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah negara.

Ditanya adakah kerajaan perlu menubuhkan sebuah institut khusus tentang Tunku Abdul Rahman, beliau berkata kera




Sent from Samsung tablet.

Sabtu, 26 November 2016

Peserta Bersih 5.0 ‘Bodoh Dan Buta Undang-undang’- Nazri


KUALA KANGSAR, 25 Nov – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan peserta perhimpunan Bersih 5.0 sebagai 'bodoh dan buta undang-undang'.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyifatkan demikian berikutan anggota keluarga serta penyokong Maria Chin Abdullah menyifatkan penahanan pengerusi Bersih itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebagai salah dan tidak wajar.

bersih5-bodoh"Mereka menganggap penahanan Maria Chin di bawah SOSMA lebih terjurus kepada kegiatan keganasan sebaliknya akta itu digunakan untuk menahan Maria Chin atas faktor keselamatan negara.

"Sila semak fakta anda terlebih dahulu, siapa kata dia (Maria Chin) seorang pengganas? Pengganas akan ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan bukannya SOSMA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kraf Kampungku di sini hari ini.

Beliau berkata penahanan Maria Chin berdasarkan bukti yang ditemukan di pejabatnya yang dilihat cuba menggugat demokrasi berparlimen negara ini.

Mohamed Nazri berkata sebarang pertikaian berkaitan penangkapan Maria Chin perlu mengikut proses undang-undang negara.

"Sesiapa yang mahu mempersoalkan penahanannya perlu ke mahkamah dan bukan dengan cara duduk bermalam-malam di Dataran Merdeka memasang lilin kerana itu bukan proses undang-undang. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan", ujarnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu lalu berkata penahanan Maria Chin tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih tetapi dibuat di bawah SOSMA kerana boleh menggugat keselamatan negara.

Menurut Khalid, di bawah akta berkenaan polis boleh menahan Maria Chin selama 28 hari bagi menyiasat setiap bukti yang ditemukan di pejabatnya



Sent from Samsung tablet.

Proton Ertiga - 8 perkara menarik tentang MPV kompak Proton

Khamis, 24 November 2016

PROTON MENUTUP TIRAI 2016 DENGAN PELANCARAN PROTON ERTIGA

Dato Ahmad Fuad Kenali CEO Proton

Dato Ahmad Fuad dan DCEO Dato Radzaif Mohamed 





Dato Seri Syed Faisal Albar Syed AR Albar Pengerusi Proton



MPV Kompak EEV Pertama di Malaysia Shah Alam,

24 November 2016 – Demi mencapai komitmen dalam melancarkan 4 buah kereta pada tahun 2016, PROTON Holdings Bhd ("PROTON" atau "Syarikat") secara rasmi melancarkan Proton Ertiga di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor. Proton Ertiga ialah model keempat dan terakhir dilancarkan oleh Syarikat pada tahun ini. Majlis dirasmikan oleh YBhg Brigadier General (K) Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi DRB-HICOM.

Proton Ertiga ialah model pertama hasil kerjasama PROTON dan Suzuki Motor Corporation Japan. Ia didatangkan dalam 2 varian - Executive (manual [MT] dan automatik [AT]); dan Executive Plus (AT) dengan harga bermula dari RM58,800 - RM64,800 di Semenanjung Malaysia.

"Proton Ertiga ialah MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang disahkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI). Kereta famili dengan 6 tempat duduk ini dilengkapi enjin 1.4 VVT (pemasaan injap variabel) yang diperbuat daripada aluminium ringan untuk kedua-dua varian. Suntikan kuasa multipoin (MPI) menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.7L/100km bagi (MT) dan 6.0L/100km bagi (AT) mengikut Kitaran Pemanduan Eropah (New European Driving Cycle, NEDC) yang menggabungkan kedua-dua kitaran bandar dan luar bandar. Selain itu, teknologi drive-by-wire memantapkan lagi prestasi kereta untuk lebih responsif," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

"Anda akan dapat merasakan kehalusan kereta ini pada kelajuan 110km/h dan 2900 rpm di mana enjin agak senyap dan penyerapan bunyi jalan serta angin yang baik membuatkan pemanduan kereta lebih selesa kerana kesenyapan ketara dari segi tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH)," sambung Dato' Fuaad.

Beliau menambah, "Bagi menepati cita rasa dinamik dan gaya hidup keluarga moden masa kini, Proton Ertiga bukan sahaja jimat minyak, malah kereta ini juga direka untuk menawarkan keluasan ruang dan keselesaan. Ventilasi penyaman udara yang luas di barisan kedua memastikan udara sampai sehingga ke barisan ketiga bersama ruang atas yang luas serta ruang letak kaki yang cukup selesa untuk menampung 2 orang dewasa. Tuil akses pintar dengan satu sentuhan pada kerusi barisan kedua membolehkan penumpang masuk atau keluar dengan cepat dan mudah ke barisan ketiga. Tempat duduk belakang boleh lipat bukan sekadar menyediakan kepelbagaian susunan tempat duduk, tetapi juga mewujudkan ruang kabin yang mencukupi untuk memuatkan barangan lebih muatan, di mana barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk menampung ruang sehingga 735 liter

"Tambahan lagi, warna cerah dan hangat mewujudkan suasana mewah dan luas di dalam kabin. Tempat duduk diperbuat dari fabrik kalis air yang berkualiti tinggi untuk memastikan yang ianya bersih dan mudah dijaga,” ujar Dato’ Fuaad.

Dari segi dimensinya pula, Proton Ertiga memiliki panjang-4265mm, lebar-1695mm, tinggi-1685mm dan jarak roda-2740mm. Jarak dasar kereta pada 185mm membantu kereta meredah permukaan bentuk muka bumi tidak rata selain memberikan sudut pandangan tinggi buat pemandu. Sejajar dengan status EEV, saiz tangki yang mencukupi iaitu 45 liter membolehkan kereta ini bergerak lebih jauh.

Kedua-dua varian menawarkan keselesaan dan ciri-ciri selesa seperti konfigurasi kerusi gelongsor yang memberikan ruang mencukupi di tempat duduk yang ke-3, barisan kedua boleh dilipat secara 60:40, manakala barisan ketiga boleh dilipat 50:50, barisan kedua boleh direbahkan 45 darjah, perehat lengan di barisan kedua, pengarasan lampu depan dan 4 pembesar suara. Kereta ini juga didatangkan dengan stereng elektrik yang boleh dilaraskan, termasuk radio/CD/MP3 dan USB/jeki Pod.

Varian Executive Plus didatangkan dengan cermin sisi boleh lipat automatik, suis audio di stereng, 2 twiter, tambahan kepada 4 pembesar suara dan poket belakang kerusi bagi bahagian pemandu dan penumpang, signal belok di sebalik cermin sisi (OSRVM) dan pelaras ketinggian kerusi pemandu. Tambahan lagi, hendal pintu dalaman krom, kemasan krom pada lampu kabus serta cermin filem gelap menghasilkan rasa yang mewah.

Bagi ciri keselamatan pula, kedua-dua varian mendapat penarafan 4 bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri aktif dan pasif seperti ISOFIX dan pautan atas, 2 beg udara hadapan, Sistem Brek AntiKunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), tingkap kuasa boleh naik automatik dan anti-jepit (di bahagian pemandu), lampu kabus hadapan dan belakang, dan sensor undur.

Proton Ertiga kini boleh dipandu uji dan ditempah di semua cawangan Proton Edar seluruh negara. Alami sendiri kelebihan MPV Kompak EEV di Malaysia bersama Proton Ertiga - Luas ▪ Selesa ▪ Ekonomi. Kunjungi bilik pameran kami untuk memandu uji kereta ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari laman web, www.protonertiga.proton.com atau Facebook, www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Bagi mendapat maklumat tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi, MyProton daripada Google Play dan Appstore untuk mengetahui spesifikasi dan senarai harga, termasuk membuat temu janji pandu uji.

Komponen BN jangan jadi bodoh dalam isu RUU 355

Sungguh melucukan apabila ada desakan daripada komponen BN mengugut untuk letak jawatan apabila RUU355 diluluskan dalam dewan. Ada pemimpin negeri yang cuba mengugut MP negeri beliau supaya tidak menyokong rang undang-undang tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia RUU355 Keluarga Islam bukan lah perkara baru, ia telah diluluskan di dewan rakyat sebanyak dua kali. Pertama ialah pada tahun 1965 dan kali kedua pada tahun 1984. Akta RUU 355 telah diperluas ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1989.

Pindaan terhadap RUU355 ialah untuk naik taraf mahkamah Syariah dan hukuman yang terlalu ringan dan rendah berbanding mahkamah sivil.

Sebagai ahli parlimen dan menteri, mereka sebagai rakyat Malaysia hendaklah memahami undang-undang keluarga Islam dan menghormatinya.

Sejak merdeka pada tahun 1957 hingga kini hampir 60 tahun masyarakat Malaysia hidup dalam damai damai tanpa sebarang masalah.

Salahkah jika mahkamah syariah mempunyai beberapa level dan kategori, seperti mahkamah Majistret, mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan?

Kepada pemimpin komponen BN jika tak faham tentang undang-undang Islam sila lah belajar, tak tahu sila rujuk dengan menteri di jabatan perdana menteri...buat majlis taklimat dan perbincangan. Jangan ugut mengugut,

PRIBUMI MAKIN PORAK PERANDA




Seorang rakan sempat berkomunikasi agak panjang dengan seorang opportunist  berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan beliau saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.

Belum pun 6 bulan  hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.

Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang dijanjikan.

Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. 

Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz,  Azmin Ali, Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM. 

Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri.  Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya.

Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.

Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY.

Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak berasingan.

Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak. Akhirnya Khairuddin keluar parti selepas tidak memegang apa apa jawatan dalam parti.
Sebelum keluar Khairuddin memberi amaran mana mana pimpinan Peribumi memburukkan beliau. Beliau ridak akan teragak agak dedahkan rahsia. Selepas itu Khairuddin hilang..  tanpa khabar berita .

Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah.

Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan baru baru ini membawa diri ke London untuk beberapa ketika.
Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal, terbaru (2 bulan sebelum ini) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara menunggu PRU 14.
Namun Najib tidak berminat dengan tawaran yg dibuat oleh Tun Mahathir.. Tanpa sebarang jawapan bersetuju atau pun menolak tawaran yg Mahathir berikan. Najib sekadar senyum kepada utusan yg Mahathir hantar..

Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dan kpd umno mereka akan kembali


Sent from Samsung tablet.

Rabu, 23 November 2016

Akta Kelahiran di Malaysia - Perbetulkan Ejaan Nama

Dewan Rakyat petang ini juga membahaskan akta kelahiran dan kematian dan di terima untuk dibahaskan esok.

Yang ingin disentuh lah mengenai pendaftaran kelahiran.

Dua MP dan Bayan Baru dan Kuala Nerus yang membahaskan perkara ini tadi amat menarik. Bayan Baru mahu tulisan cina atau Pin Yin dicatatkan dalam surat kelahiran, manakala Kuala Nerus mahu ejaan jawi ditulis dalam surat kelahiran kerana sebutan berdasarkan ejaan jawi lebih tepat daripada ejaan rumi.

Apa yang menjadi permasalahan hari ini ialah ejaan nama anak. Apabila ibu bapa pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran, pegawai yang bertugas dikaunter akan memberikan borang kosong dan terpulang lah kepada ibu bapa untuk menulis nama anak mereka. Pegawai jabatan pendaftaran akan menyalin apa saja yang ditulis oleh ibu bapa untuk didaftarkan.

Akibatnya ejaan nama anak banyak yang salah dari pelbagai sudut. Paling ketara ialah dalam ejaan yang mengambil nama junjungan besar nabi akhir zaman, pelbagai bentuk ejaan yang ditulis. ejaan berikut adalah ejaan yang biasa kita lihat. Mohamed, Muhammad, Mohamad, Mohd, Md. Muhmad, Mohamat dan sebagainya, Jika di lihat nama-nama lain ia langsung tidak mengikut hukum fonetik, fonologi, diftong dan hukum vokal berganding.

Oleh itu satu perisian hendaklah dibuat supaya ejaan pendaftaran kelahiran baru lebih standard. Ia juga bukan untuk nama-nama orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum-kaum dalam Malaysia.

Oleh itu tak perlulah nak ikut cadangan Bayan Baru dan Kuala Nerus. Kita perkasa akan ejaan Bahasa Melayu yang betul hukumnya.



Rang Undang Undang Akta 355

Petang ini di dewan rakyat telah mula berbahas tentang RUU 355. MP Sepang, Batu,Subang dan beberapa orang yang lain mempertikai mengenai taklimat yang dibuat oleh TPM di Dewan Taklimat Parlimen Malaysia pada 5.00 petang kelmarin.

Mereka pertikai kerana MP bukan Islam tidak dijemput untuk hadir ke taklimat tersebut. Parit Buntar pula mencadangkan dibentuk satu komiti yang melibat semua ahli parlimen tanpa mengira kaum dan agama. Parit Buntar nampak jelas tidak bersetuju dengan taklimat petang kelmarin

Perjumpaan dan taklimat khas untuk semua ahli parlimen Islam tidak perlu dipertikaikan oleh Sepang, Batu, Subang dan Parit Buntar.

Pkr dan Dap juga selama ini sememangnya kerap mengadakan taklimat sebelum berbahas di dewan. Jika tidak masakan isu isu yang dibahaskan sama irama , sama lirik dan sama intonasi. Yang tidak nampak synchronize ialah ahli ahli Pas yang lebih bersifat individual atau sdn bhd.

Alhamdullillah dewan telah meluluskan RUU 355 untuk dibahaskan esok.

RUU 355 sememangnya perlu dipinda kerana ia sudah ketinggalan dari segi hukuman. Hukuman mahkamah syariah tidak berubah sejak 1984.

Akta RUU355 sebenarnya amat pendek dan amat mudah. Bukan Islam tidak perlu gusar dan gundah gulana.  RUU 355 bukanlah undang-undang hudud yang melibatkan pesalah dihukum mati atau dipotong tangan.

Pindaan RUU355 lebih kepada memperkasa akan mahkamah syariah. Adalah tidak adil seorang hakim yang senior dan hampir pencen tetapi menjatuhkan hukuman penjara maksima 3 tahun atau denda RM5000 . Sedangkan Majistret di mahkamah rendah Gred 41 boleh menjatuhkan hukuman dan denda yang lebih tinggi daripada mahkamah syariah.

Oleh itu wajarlah RUU355 diangkat agar sesuai dengan masa dan ketika pada abad ke 21. Hari ini apabila hukuman denda dikenakan ia tidak menggerunkan pesalah syariah.

Pada tahun 1965 RUU 355 denda dan hukumannya sangat ringan iaitu denda maksima ialah RM1000 dan penjara maksima ialah 6 bulan sahaja.

Selepas pindaan dibuat pada tahun 1984 ada sedikit peningkatan. Kini kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau 6 kali sebatan syar'ie. Pesalah Syariah senyum sahaja apabila membayar denda.

Harap RUU 355 ini mendapat persetujuan semua MP beragama Islam tanpa mengira parti.

Anwar Penjenayah Liwat




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicanang dan difitnah oleh pembangkang kononnya  'mencuri' atau melesapkan RM42 bilion daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tidak cukup dengan itu beliau juga difitnah merompak RM2.6 bilion juga dari 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Siapa yang membuat andaian, pembohongan dan fitnah ini? Tidak lain tidak bukan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, yang telah melakukan siri serangan berkenaan sebagai satu propaganda jahat untuk memburukkan Najib Razak.

Walhal pihak 1MDB sudah berulang kali menjawab bahawa RM42 bilion adalah dana hutang. RM18 bilion daripadanya telah digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos pembelian tanah, RM15.4 bilion pula dana pelaburan, manakala RM5.8 bilion dibelanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai.

Sementara bagi isu RM2.6 bilion itu pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bertarikh 3 Ogos 2015 ada menyebut ``Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.''

Bukan itu sahaja, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir  sendiri mengakui  bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, memang datang dari negara itu.

Malah, kedua-dua isu berkenaan juga telah diperakui sendiri oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mana 36 peratus daripada keahliannya adalah Ahli Palimen dari parti pembangkang.

Bukan itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC juga adalah salah seorang daripada pemimpin DAP sendiri justeru tidak timbul isu bahawa PAC tidak telus dalam siasatannya.

Berbeza dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 telah memutuskan bahawa Anwar didapati bersalah atas kes meliwat bekas pembantu peribadinya di sebuah kondo mewah.

Keputusan itu diputuskan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas dibacakan sebutan kesnya selama hampir 2 jam pada hari berkenaan.

Ia bukan kesalahan kali pertama buat Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994 dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Terang lagi bersuluh kepada kita, Najib yang dituduh sebagai `perompak wang rakyat' sebenarnya telah disahkan sendiri oleh pihak-pihak berautoriti seperti PAC, SPRM dan Peguam Negara bahawa beliau tidak bersalah. Namanya juga sudah dibersihkan.

Anwar pula, walaupun sudah disahkan oleh mahkamah bahawa beliau adalah seorang penjenayah liwat, namun hukuman dan kesalahan itu dipandang sepi oleh Dr. Mahathir serta pembangkang.

Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah namun Dr. Mahathir langsung tidak menyentuh mengenainya.

Apa yang penting pembangkang mahu menanam propaganda dan persepsi buruk terhadap Najib dalam pemikiran rakyat Malaysia meskipun hakikatnya serangan demi serangan yang dijalankan sudah semakin tumpul.

Tulisan :
Beruang Biru
BB150, Rabu
23 November 2016


Sent from Samsung tablet.

Geng Bersih Pertahankan Maria Chin

Tahukah anda?

Suami Maria Chin dulu adalah seorang bekas Pejuang Barisan Pembebasan Palestin.

Satu-satunya aktivis Mahasiswa PMUM yg berani ikut jihad di Palestin.

Siapa sangkakan... Suami Pembela Palestin manakala Isteri pula Pembela Rakyat Mahraen!

Ko tolong bagitau lebai Hadi & Walaunnya bab ni!

Allahyarham Tuan Guru Yunus L ebai Ali suami kepada Puan Maria Chin Abdullah penganjur BERSIH 5.0

Mereka suami isteri merupakan pejuang rakyat dan pejuang hak asasi manusia..

PAS menutup sejarah perjuangan anak bangsa yg berjuang di Plastine..

Sedikit info tentang allahyarham Yunus Lebai Ali...beliau seorang bekas aktivis Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya seangkatan dgn Hishamuddin Rais. Beliau turut terlibat dgn demo mahasiswa tahun 1974 bersama Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan lain lain..

Yunus menyertai PLO dan berjuang dlm perang Palestine dan pernah menjadi bodyguard kpd Yaser Arafat.

Beliau juga pernah ditahan di bawah ISA semasa Operasi Lalang.

Yunus Lebai Ali Fakulti Sastera UM. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2010 kerana komplikasi buah pinggang... Al'Fatihah...aamiin

Hadi dan PAS menghina serta mengaibkan Puan Maria Chin isteri kepada bekas  pejuang Palastine.

Di manakah Akhlak Islam pemimpin PAS?

Kepada yg sering menghina dan memfitnah Puan Maria Chin Abdulullah..
1. Apakah sumbangan kalian dlm perjuangan rakyat Plastine?
2. Apakah suami atau ayah kalian seorang pejuang yg pernah bertempur di medan Perang Plastine?

Teuku Zacharyah Iskandar

#BebasMaria  #Bersih5



Sent from Samsung tablet.

Selasa, 22 November 2016

Selepas Gagal Bersih 5,  Mahathir Berhimpun Pula Desak Maria Chin Dibebaskan"


Selepas berjuang membebaskan seorang banduan liwat dengan memakai lencana Free Anwar, kini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjuang pula membebaskan seorang pejuang LGBT, Maria Chin.

Maria Chin adalah penganjur program Seksualiti Merdeka pada November 2011 di Central Market, Kuala Lumpur. Dalam program Seksualiti Merdeka itu penganjur mengiktiraf peranan gay, lesbian dan LGBT. Dalam program yang sama di luar negara, diadakan perarakan bogel untuk meraikan Seksualiti Merdeka.

Semalam di Dataran Merdeka, Mahathir yang sudah berusia 91 tahun  berhimpun mendesak Maria Chin Abdullah, penganjur Seksualti Merdeka itu dibebaskan.

Maria Chin ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa Maria akan ditahan maksimum selama 28 hari mengikut akta berkenaan.

Maria yang sebelum ini disiasat berhubung sumbangan dana asing Open Society Foundation (OSF) ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atau cubaan menggugat demokrasi berparlimen.

Berbalik kepada tindakan Dr Mahathir, jika dulu beliau terus menerus memberitahu kepada rakyat supaya tidak terlibat dalam demonstrasi jalanan menentang kerajaan.

Mahathir juga meminta jika tidak berpuas hati tukar kerajaan dalam pilihan raya dan menggelar mereka yang terlibat dalam Bersih 3 seperti keldai.

Dr Mahathir kini sanggup bersekongkol, sebati, sedarah dengan pembangkang untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.

Sanggup dah kerjasama dengan peliwat dan penganjur seks bebas.

Dr Mahathir bekerjasama dengan Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Sabu, semua kumpulan manusia yang amat tidak disukai oleh Dr Mahathir dulu.

Orang ramai berkumpul di kawasan pancuran air di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada kira-kira pukul 8 malam dan bersurai tiga jam kemudian.

Ketika dulu semasa Anwar disumbat di dalam penjara, Dr Mahathir sedikit pun tidak menunjukkan rasa simpati malahan berwajah tenang biarpun terpaksa memecat bekas Timbalannya.

Lain pula halnya emosi beliau dengan Maria, dalam ucapannya malam tadi, beliau melahirkan rasa sedih apabila mendapat maklumat bahawa Maria sudah ditahan.

Ada pihak mengatakan bahawa Dr Mahathir benar-benar sudah berubah dan keluar dari kepompong seorang negarawan yang berada dalam dirinya kepada seorang penentang kerajaan paling besar dan sanggup membela penjenayah dan penentang kerajaan.

Kalau dahulu, berapa ramai sudah disumbat Dr Mahathir ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama bertahun-tahun tetapi langsung tidak diberikan simpati oleh beliau malahan diperbaharui tempoh tahanan pada setiap dua tahun.

Jelaslah sudah, pada masa dulu Dr Mahathir mahu mengekalkan kuasanya, tapi pada masa kini beliau berasa tidak senang melihat orang lain berkuasa dan banyak berjasa kepada rakyat.

Apa sahaja mahu dibuat Mahathir untuk capai matlamat peribadi dan kroni dia. Rakyat kena tolak perjuangan peribadi Mahathir ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB144, Isnin
22 November 2016



Sent from Samsung tablet.

RINGGIT MALAYSIA SUDAH TIDAK DITERIMA DI SINGAPURA, THAILAND DAN VIETNAM

 FITNAH TERKINI 



Mulai hari ini Arab Saudi menolak Ringgit Malaysia..
Berkemungkinan Indonesia juga akan mengambil langkah yg sama.

Untuk makluman kpd yang hendak menunaikan Umrah. RM sudah tak diterima untuk tukaran di Mekah.
Makluman terkini saya terima dari Dato' Daud Che' Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru di terima dari jemaah umrahnya  di Mekah, kita di nasihat kan membawa duit dlm nilai Rial atau US Dollar tunai yg telah ditukar trlebih dahulu di Malaysia. Kerana  money changer di sana tidak mahu menerima Ringgit Malaysia...sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita.
-----------------------------

*Feed Back From Jabatan Haji*

*JAWAPAN*

TH Telah menghubungi Dato Daud dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut :

1. Money changer di Makkah dan Madinah masih terima RM dan

2. Maklumkan kpd jemaah umrah tidak guna ATM bagi elak kad ATM dari ditelan mesin ATM.

3.Jbt Haji dah maklumkan kpd Dato Daud Che Ngah . Hari ni TH akan maklum kpd media .

4.Matawang sesebuah negara dinilai secara harian. Tak timbul soal tak diterima. Cuma apa yg berlaku setiap hari dinilai tukaran tersebut. Kalau naik dibayar mengikut pasaran kenaikkan tersebut. Begitulah sebalik.

5.Isu ini pernah diviralkan sebelum. Cuma versi sedikit berbeza. Dulu musim pun tak laku kata mereka. Tapi tak betul. Kali ini berita disandarkan kpd Mad Daud Che Ngah bekas staff Thaji.


*KESIAN ... RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM DITIPU DAN DIFITNAH SETIAP MASA*


*Tolong viral kan SEGERA jawapan* ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam khususnya yg mengerjakan UMRAH atau yang akan pergi ke Arab Saudi...



Sent from Samsung tablet.

Ahad, 20 November 2016

Kejatuhan Ringgit Bukan Disebabkan Isu 1MDB - Rahman Dahlan

Konvensyen PAU 2.0 Meneruskan Kelangsungan Kuasa Melayu - Islam

Kenapa Lihat ECRL Dari Sudut Negatif? - Dr. Azmi Hassan

Tuntutan Bersih 5.0 Sepatutnya Dijawab Oleh Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya menjawab kepada tuntutan penganjuran Bersih 5.0 yang mana antaranya meminta agar pilihan raya di negara ini di laksanakan secara bersih.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan menjelaskan bahawa sistem dan kaedah pilihan raya yang digunakan pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak ketika ini hanyalah menyambung daripada pentadbiran terdahulu.

“Tuntutan Bersih apa? Dia hendak pilihan raya bersih. Tuntutan dia tidak ada kena mengena dengan cara berdemonstrasi atau tunjuk perasaan.

“Kalau Bersih tidak puas hati terhadap pilihan raya maka pihak yang bertanggung jawab ialah Dr Mahathir sendiri. Berapa lama dan berapa kali pilihan raya menggunakan sistem yang sama.

“Apa yang Datuk Najib buat dalam sistem pilihan raya hari ini tiada perubahan tetapi hanya menyambung apa yang dibuat oleh Tun Mahathir.Jadi apa Bersih nak tuntut, perlu dijawab Tun Mahathir; tiada apa diubah melainkan apa yang dibuat Mahathir dulu,” ujar ketika ditemui pemberita di RTC Gopeng petang tadi.

Bersih 5.0 yang diadakan di ibu negara hari ini adalah penganjuran oleh parti DAP dan disokong oleh beberapa parti pembangkang yang lain.

Kelihatan Tun Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin turun bersama sertai demonstrasi jalanan tersebut.

Sementara itu, Tan Sri Annuar yang ditanya mengenai jalinan hubungan rapat Tun Dr Mahathir dengan pembangkang , beliau melihat ada kemungkinan ia strategi Tun Dr Mahathir terlepas daripada ‘ditelanjangin’ pembangkang semasa zaman pentadbirannya.

“Ini mungkin strategi Tun Mahathir kerana suatu masa dahulu ketika berkuasa banyak skeletonnya yang disimpan. Mungkin dia bimbang Anwar Ibrahim tidak lama akan keluar daripada penjara dan kalau dia tidak bersama mereka ini maka dia akan di mamah pembangkang, mungkin di telanjangi pembangkang mungkin dia akan dikritik pembangkang.

“Dr Mahathir jangan tafsir kan apa yang dia buat pada benda yang dibuat, dia selalunya ada dua tiga (motif) di belakang,” katanya yang aktif berpolitik dalam UMNO sejak tahun 1979.

Jika Tiada Kuning Maka Tiadalah Merah




Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa parti itu sama sekali menolak aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi apabila dikaitkan dengan kumpulan Baju Merah.

“Saya tidak nafikan orang UMNO dan ada pemimpin UMNO termasuk Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos- penggerak Baju Merah) ingin melaksanakannya tetapi tidak secara rasmi datang daripada parti (UMNO),”jelasnya.

Kenyataan itu merujuk kepada satu teks mesej yang viral di laman sosial dengan memaparkan senarai ahli UMNO yang dihantar bagi menyertai perhimpunan Baju Merah pada siang tadi di ibu negara.

Namun kata Tan Sri Annuar, pembentukan kumpulan Baju Merah itu tidak akan wujud sekiranya tidak diadakan demonstrasi Bersih 5.0 yang turut sama diadakan di lokasi dan tarikh yang sama.

“Bersih bukan NGO, ia dianjurkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang jadi kenapa nak jadi isu kalau ada orang UMNO menyertainya (Perhimpunan Merah)? Ini tidak relevan.

“Setiap tindakan (Bersih) ada reaksi balas (Baju Merah). Kalau tidak ada Bersih tiada Baju Merah kalau tidak ada Maria Chin tidak ada Jamal.

“Jangan andaikan dalam negara ini sesetengah orang buat apa sahaja dan orang UMNO duduk diam, Orang UMNO ada perasaan dan ada keberaniannya,”katanya lagi.

Walau bagaimana pun, Tan Sri Annuar mengingat kan ahli UMNO supaya tidak melanggar undang-undang namun sekiranya itu berlaku mereka juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan.

Beliau ditemui pemberita selepas berucap di siri Jelajah Penerangan Pimpinan Bersama Akar Umbi Negeri Perak di Dewan RTC Gopeng pada Sabtu petang.

Dalam berdepan cabaran seperti ini, Tan Sri Annuar berkata ia sebenarnya menjadikan UMNO lebih kuat dan bersiap siaga .

"UMNO bukan terdiri daripada kelompok golongan elit, tetapi rakyat yang kukuh, dan lipatan sejarah seawal Dato Onn Jaafar membuktikan kita boleh mengatasi perkara ini, lihat pada kapalnya, bukan pada nakhodanya,"ulasnya pada sesi sidang media.

Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros TS Annuar Musa





Nov 19, 2016
19/11/2016 -- Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros:- TS Annuar Musa

Bekas perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulu bertungkus lumus berperang dengan, George Soros kini tunduk dan akur dengan permainan penyangak mata wang negara itu.



Jelas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, beliau membuat kesimpulan itu kerana melihat Tun Dr Mahathir kini menyokong cara permainan Soros dalam menjatuhkan pentadbiran sesebuah negara.



“Sebahagian tugas Soros adalah untuk jatukan sesebuah kerajaan, kalau dulu kita lihat Soros hendak jatuhkan Matahir dengan cara serang mata wang kita dan menyebabkan krisis ekonomi dan berlaku kegawatan dan Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri) lihat Mahathir goyang ketika itu dan timbul keinginan Anwar nak jatuhkan Mahathir lalu Mahathir memecat Anwar .



“Tapi sandiwara di belakangnya itu ada peranan Soros sebaba Soros nak jatuhkan Mahathair kerana Mahathir kerajaan waktu itu. Dan kini permainan itu belum habis; cuma akhirnya antara Soros dan Mahathitr, Soros menang.



“Kenapa saya kata begitu? Sebab hari ini Soros boleh menggunakan Mahathir untuk menjalankan permainan yang sama. Soros menang, Mahathir kalah,”ujarnya yang ditemui pemberita di Gopeng pada Sabtu.



Terdahulu Tan Sri Annuar ditanya mengenai peranan Soros dalam membiayai serta menyalurkan dana bagi mengadakan demonstrasi di negara ini seperti yang dianjurkan menerusi Bersih.



Namun, perkara tersebut tiada lagi rahsia kerana secara terang Soros mengisytiharkan bahawa pihaknya menerusi institusi tertentu menyalurkan dana kepada beberapa badan penubuhan di Malaysia termasuk Majlis Peguam.



“Dr Mahathir pernah berkata apabila orang nak rosakkan ekonomi Korea adalah dengan cara demostrasi… dan sepatutnya dia (Mahathir) tahu ini budaya siapa dia bawa untuk adakah demonstrasi ini (Bersih),”katanya.



Tambahnya, pembangkang memilih dengan sengaja untuk berdemostrasi bagi meruntuhkan kerajaan negara seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat di Libya, Teheran serta Jakarta.



“Dalam keadaan pembangkang kalut ribut dengan cara dia siapa yang peduli masalah rakyat?




“(Namun) Datuk Seri Najib tidak peduli dan dia fokus untuk cari dan tambah pelaburan bagi negara. Dia fokus jaga hubungan diplomasi yang tidak beres semasa zaman Mahathir yang berpuluh tahun tidak selesai dengan Singapura, China, Filipina malah Amerika…kini hubungan diplomatik Malaysia dengan banyak negara yang sangat baik .



“Saya terpaksa kata sebab saya pernah duduk dalam kabinet Tun Mahathir , hubungan diplomatik zaman Datuk Najib ini jauh lebih baik, lebih berguna bagi Malaysia ,”kata Tan Sri Annuar.

Sabtu, 19 November 2016

KESAN MAHATHIR : RAKYAT MENJAUHI BERSIH


19 November 2016

1. Kehadiran Peserta Bersih yang rendah hari ini merupakan tamparan hebat buat Tun Mahathir Mohamad dan parti barunya Pribumi, yang merupakan rakan baru dalam Pakatan Harapan Pimpinan DAP.  Penubuhan parti baru Mahathir sepatutnya mampu menarik sokongan rakyat dikalangan bangsa Melayu untuk menyokong Pakatan dan Bersih 5.

2. Sebaliknya, perarakan hari ini hanya 3% daripada Perhimpunan Bersih lalu. Hanya sekitar 15,500 yang hadir hari ini, berbanding 500,000 yang hadir sepertimana dicanang Bersih tahun lalu. Kalau pakai angka yang dibekalkqn oleh Malaysiakini, peserta Bersih hari ini ialah seramai 41,000, kurang dari 10% yang Bersih canang hadir tahun lepas.

3. Ini bererti, majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan menolak Pribumi.  Mereka dapat melihat dengan jelas bahawa parti ini dipenuhi dengan pelbagai mantan yang gagal dan kecewa. Parti ini juga dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang ditubuh hanya kerana keterdesakkan Mahathir untuk mengangkat anaknya untuk menjadi Perdana Menteri selepas beliau ditolak oleh ahli UMNO.

4. Hasil penglibatan Mahathir dan kroninya dalam Bersih hari ini telah memperlihatkan penurunan jumlah kehadiran peserta Bersih sebanyak 97%.  Orang melayu sedar agenda pribadi Mahathir yang haloba ini dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai Bersih 5.  Manakala ribuan orang Cina yang menyertai Bersih tahun lepas mengambil keputusan untuk tinggal dirumah kerana meluat melihat penglibatan Mahathir dalam Bersih.

5. Alhamdulillah, demokrasi kini semakin kukuh di Malaysia dan tidak boleh diganggu-gugat oleh seorang diktator tua yang mengakui beliau seprang diktator semasa memerintah.

Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,‎
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia‎

Diterjemah oleh : KKMM



Sent from Samsung tablet.

Khamis, 17 November 2016

Mahathir Lari! Bermakna Bersih 5 Gagal



Bersih 5 yang akan diadakan pada Sabtu ini sudah menerima tamparannya apabila ikon utamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak akan menghadirinya kerana berada di luar negara ketika itu.

Ternyata pengumuman berkenaan amat berbeza sekali dengan kenyataan Mahathir pada 2 Oktober lalu yang mengesahkan beliau akan hadir pada himpunan haram itu.

Bukannya Mahathir tidak tahu tarikh penganjuran Bersih akan diadakan pada 19 November kerana ia telah diumumkan beberapa bulan lepas.

``Seperti tahun lalu, saya turut serta dan tahun ini saya akan hadir juga," katanya ketika ditanya media pada 2 Oktober lalu.

Alih-alih, Mahathir dalam satu temubual dengan stesen radio online Bangsar Utama, pada Rabu, memberitahu beliau akan berada di luar negara pada 19 November ini kerana ia sudah dirancang lama.

Nampak sangat beliau cuba mengelak kerana jika Mahathir sudah membuat perancangan untuk keluar negara sejak lama dulu, sudah pasti beliau akan menyatakan tidak hadir dan menyertai himpunan haram itu bersama dengan barisan pembangkang lain.

Jika kita amati dengan lebih dekat, apakah tandanya ini? Ia menunjukkan bahawa Bersih 5 tidak mendapat sambutan. Daripada menanggung malu kerana menyertai perhimpunan yang tidak akan mendapat sambutan ramai, lebih baik tidak hadir.

Inilah drama politik Mahathir. Ketika menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir amat membenci demonstrasi jalanan ini tetapi kini beliaulah yang memberikan sokongan utama.

Pada Bersih 4 tahun lepas, beliau hadir di Dataran Merdeka pada saat-saat akhir dengan matlamat untuk memberikan sokongan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun malangnya empat siri Bersih yang diadakan selama ini gagal.


Sent from Samsung tablet.

Rabu, 16 November 2016

BILA ISU 1MDB REDA , PEKUNG PEMBANGKANG MUNCUL SATU PERSATU.



Amat betul andaian bahawa isu 1MDB hanya satu isu perniagaan yang diubah suai untuk dijadikan isu politik demi hendak mengenakan DS Najib yang enggan akur menjadi "hamba" kepada kehendak peribadi Tun Mahathir.

Tambah lagi Tun Mahathir sendiri tidak pernah berminat untuk mendakwa Najib Razak ke muka pengadilan berkaitan 1MDB kerana jauh dalam benak hatinya dia hanya mahu bermain persepsi sahaja.

Selain itu, Tun Mahathir dan kuncu juga amat tahu akan jumlah wang yang dia perlu sedia untuk membayar "counter sue" atas defamation yang dibuatnya.

Berkemungkinan tidak kurang dari RM1 billion ringgit.

Selain dia akan rugi wang dia juga akan malu kerana kesemua tuduhannya hanya berbentuk andaian atau pun "hearsay" sahaja. Yang pasti kaya adalah peguam kedua pihak.

Kini, setelah sekian lama, barulah kita sedar, setelah isu 1MDB reda dan "subsides" barulah terlihat dan terbau busuk perilaku pembangkang.

Satu persatu muncul kisah penyelewengan dan berunsur rasuah dilakukan oleh puak pembangkang mula jelas kelihatan.

Itu sebab nya apabila mahu padam atau mahu senyap , akan ada dibangkitkan di luar negara melalui media upahan untuk menaikankan kisah berkaitan 1MDB.

Ada sahaja yang mereka laporkan tanpa kemukakan bukti bila dan di mana.

Asalkan dapat divert perhatian rakyat sudah memadai.

Mereka kata orang ini main judi dengan wang 1MDB, tetapi bila dan di mana dengan disaksikan oleh siapa tidak pula disebut.

Mereka kata orang ini membuat pesta arak dan berparti secara mewah menggunakan wang 1MDB tetap tidak dilampirkan bukti nya, jika ada pun , tiada dapat disahkan kebenarannya.

Begitulah seterusnya, asalkan dapat menghidupkan kisah 1MDB sehingga PRU14 sudah memadai.

Kini, sebaik sahaja isu 1MDB reda , maka terlihat pula pelbagai penyelewengan pihak  pembangkang dalam pelbagai bentuk.

Dari penukaran status tanah, pemilikan harta  yang luar biasa banyaknya, pengurusan perniagaan berunsur rasuah dan pembelian aset dengan cara yang mencurigakan.

Untuk negeri Selangor sahaja sudah cukup menjadi juara seleweng yang akan membuat rakyat menggelengkan kepala.

Dari isu pembelian SPLASH, kisah DEIG, kisah baki wang 7.6 billion kesemuanya muncul dengan menonjol sebaik sahaja mereka tidak berbual berkenaan 1MDB.

Jumlah pembelian SPLASH yang berganda ganda sahaja sudah cukup penuh tangan Azmin Ali untuk menjawapnya.

Ini belum lagi kisah penukaran status tanah dan lain lain.

Terkini , apabila isu budak mentah berusia 28 tahun yang masuk politik parti PKR terus menjadi kaya raya dengan 3 buah rumah dibeli dalam masa terdekat antara satu sama lain dan deretan kereta mewah nya menjadi "top isu" di seluruh negara.

Ini melambangkan sesuatu yang tidak betul.

Tun Mahathir sudah pastinya akan menjadi hipokrit dalam hal ini dan pastinya berdiam diri.

Ini kerana politik Tun Mahathir adalah politik mencapai matlamat dan bukannya politik kebenaran.

Satu waktu dulu ketika Tun Mahathir masih waras dia pernah berkata " ahli politik bukan sahaja mesti bersih, tetapi juga mesti kelihatan bersih".

Kita tidak pasti sama ada Tun Mahathir sendiri ingat kepada apa yang dia sendiri katakan.

Musuh Tun Mahathir hari ini adalah dirinya yang lampau.

Beliau kontradiksi dengan dirinya sendiri akibat sikap menjilat kahaknya.

Amat nyata sekali isu 1MDB hanyalah umpan Tun Mahathir kepada rakyat marhaen untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada diri dia sendiri.

Dengan menyerang 1MDB secara persepsi dengan bersungguh sungguh dan secara kerap dia dapat menarik mata rakyat kepada musuh nya DS Najib dan mengelak kan dirinya dari di "scrutinize".

Tetapi ramai juga rakyat yang masih dapat berfikir, lalu membuat andaian , yang bermasalah adalah Tun M sendiri dan bukannya musuh yang diserang.

Mana mungkin dahulu pun serang Perdana Menteri , sekarang pun dengan tabiat lama serang Perdana Menteri juga. Semua Perdana Menteri yang menggantikannya salah belaka.

Apa yang pasti isu 1MDB seolah olah menjadi perisai kepada pihak pembangkang,

Selagi mereka berjaya menghidupkan isu 1MDB, waima tanpa sebarang bukti , sudah memadai untuk menutup bau bangkai yang menyelubungi diri mereka.

Kini dengan redanya isu 1MDB, bau bangkai yang disorok oleh pembangkang selama ini  mula melantun dan meloyakan semua orang.

1MDB nyata sekali adalah perisai pembangkang untuk menyembunyikan kebathilan mereka sendiri, tanpanya terdedahlah semua najis dan bangkai yang dilakukan oleh pembangkang. 



Sent from Samsung tablet.

Melayu Mudah Lupa

Dulu dia kata Melayu Mudah Lupa
Dia pun lupa apa yang dia kata
Bahawa Melayu sudah lupa
Dia lupa bahawa dia pun lupa
Sekarang orang tak kan lupa
Siapa sebenarnya lupa
Bahawa dia seorang yang pelupa

Dulu dia yg tarik Royalty
Sekarang dia kata dia nak bagi Royalty
Dia lupa ka?
Atau orang yang sokong dia tu lupa?
Atau kerana kuasa maka buat buat lupa?
Atau memang semua sudah lupa

Dulu dia yang sumbat Anwar ke penjara
Sekarang dia kata nak bebaskan Anwar
Dia lupa kaa?
Atau orang yang sokong dia tu lupa?
Atau kerana kuasa maka buat buat lupa?
Atau memang semua sudah lupa?

Politik tanpa quran memang cepat lupa
Hanya quran pendinding nyanyuk@lupa

Dia kata Najib jahat kerana 1MDB
Dia lupa zaman dia dulu
Skandal Perwaja
Skandal Maica Holding
Pembunuhan Memali
Peristiwa bunuh di Lubok Merbau
Operasi Lalang
Jambatan Bengkok
Projek Bakun
Dasar pengkorporatan
Dasar penswastaan
Tarik kekebalan raja raja melayu
Haramkan UMNO
Tarik bantuan Sekolah Agama Rakyat
Dan banyak lagi file 2 PM

Tiada siapa lupa pada kezaliman
Hanya sizalim lupa kezalimannya

Hari ini Wan Azizah lupa
Siapa pecat dan penjarakan suaminya
Hari ini Nurul Izah lupa
Siapa yang lebam & telanjangkan ayahnya

Hari ini PKR Lupa
DAP pun telah lupa
PAN memang pelupa
Mereka semua lupa bahawa dia tu pelupa

Dia kata Melayu mudah lupa
Orang tak lupa apa yang dia kata
Tapi dia yang lupa apa yang dia kata
Dia juga lupa bahawa orang tak kan lupa
(Share)

Selasa, 15 November 2016

Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta

JOM BELAJAR MENGIRA!



1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air.

3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta)

4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500.

5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah:

BMW: RM2900
Merc: RM3400
Volvo: RM2400
MC: RM2900

6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)

7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen.

P/S: Cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN.

P/S: Tu baru kira beli rumah terbengkalai 1 juta, belum kos menyiapkan dan renovation yang tak kurang 2 juta.  Kalau PA Zuraidah kaya macam ni, Zuraidah takkan lebih miskin dari dia. Bila abang-abang SPRM nak siasat mereka ni ya?

#AnakMudaSudahKaya
#NegaraMakmur
#SyukurAtasKurniaanRezeki



Sent from Samsung tablet.

Supermoon di Taiping Perak

Isnin, 14 November 2016

CAJ HOSPITAL KERAJAAN NAIK 50%?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.

Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 "dipindahkan" kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

MOHD ZAIRI SAID
Pegawai Khas
Timb. Menteri Kesihatan

Sent from Samsung tablet.

Jumaat, 11 November 2016

Penolakan Terhadap Lim Guan Eng Semakin Meningkat





Sejak dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, imej Lim Guan Eng semakin terjejas, bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, malah di dalam parti DAP sendiri.

Ini kerana tuduhan yang dihadapinya itu telah menyebabkan timbul krisis keyakinan terhadap diri dan pentadbirannya kerana ia melibatkan integriti beliau sendiri, yang sehingga kini masih memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, walaupun menerima desakan supaya meletak jawatan atau berundur daripada banyak pihak.

Penolakan terhadap beliau terutama dalam partinya, dapat dilihat jelas ketika konvensyen tahunan DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Jumlah kehadiran yang merosot dan hambar pada konvensyen berkenaan iaitu sekitar 300 orang, merupakan yang terendah sejak 2008, iaitu tahun di mana DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Daripada 1,027 delegasi yang sepatutnya menghadiri konvensyen berkenaan, hanya 328 yang hadir dan selepas rehat pada waktu tengahari, jumlah yang masih berada di dalam dewan semakin merosot dan hanya kira-kira 50 orang yang masih menunggu untuk sesi perbahasan.

Malah wartawan yang membuat liputan konvensyen berkenaan dapat merasakan bahawa `mood' perbahasan juga tidak sepanas yang diharapkan meskipun tahun depan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan.

Malah perbahasan daripada perwakilan DAP dari Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind, yang membidas pucuk pimpinan DAP kerana bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad turut memperlihatkan akan keadaan sebenar yang berlaku dalam parti itu.

Shamser menyamakan Dr. Mahathir sebagai bapa ayam dan ular, yang lebih merbahaya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua tahu bahawa Shamser memang seorang yang lantang mengkritik malah tahun lepas, beliau telah mempersoalkan kenapa pengerusi DAP negeri tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan sejak itu, suara-suara yang mendesak supaya pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan Guan Eng semakin kuat kedengaran di negeri berkenaan.

Bukan itu sahaja, prestasi buruk DAP pada pilihan raya negeri Sarawak serta kegagalan sokongan kepada Parti Amanah Negara (PAN) untuk menang pada dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar turut memberikan kesan.

Selain itu beberapa isu melibatkan Guan Eng termasuk skandal pembelian banglo di bawah harga pasaran, isu penjualan tanah di Taman Manggis, projek terowong yang bernilai RM305 juta serta kegagalan mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan telah menyebabkan wujudkan tentangan dari dalaman parti itu sendiri.

Dalam isu banjir misalnya, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan aktivis masyarakat telah meluahkan pandangan dan memberi amaran bahawa banjir yang berlaku itu bukan disebabkan faktor taburan hujan lebat luar biasa semata-mata tetapi kerana kerakusan pembangunan yang sedang berlaku.

Namun ia tidak diendahkan malah kerajaan negeri menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional.

Isu-isu berkenaan juga dikatakan menyebabkan populariti DAP, yang mengetuai Pakatan Harapan, semakin merudum.

Ia juga jauh daripada prinsip kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti (CAT) yang diperjuangkan oleh pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang malah prinsip itu kini sinonim dengan skandal serta tadbir urus yang lemah.

Keadaan ini sekali gus menunjukkan rakyat Malaysia tidak sepatutnya mempercayai parti yang tidak melaksanakan apa yang diperkatakan selama ini.


Sent from Samsung tablet.

LIMITED EDITION IRIZ DEBUTED AT THE MALAYSIA AUTOSHOW 2016

PROTON Holdings Berhad ("PROTON" atau "Syarikat") hari ini memperkenalkan Iriz edisi terhad di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (“MIECC”).

Pengenalan ini bersempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung dari 10-13 November 2016.

Iriz edisi terhad dari Siri PROTON Design ini didatangkan dalam 2 varian, iaitu Iriz 1.3 CVT Standard, dan Iriz 1.3 CVT Executive dengan rekaan hiasan menarik seperti 'Honeycomb' atau 'The Stripe’.

Rekaan „Honeycomb’ boleh didapati pada model berwarna Kelabu ("Graphite Grey") dan Putih ("Cotton White") manakala rekaan „The Stripe‟ pula pada model berwarna Merah ("Fire Red") dan Biru ("Blue Atlantic").

Edisi terhad sporty ini dikeluarkan untuk para pelanggan yang mahukan perbezaan, dengan citarasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan di dalam rentak kehidupannya.

Pelanggan dijemput untuk berkunjung ke MIECC untuk merasai sendiri suasana pameran ini dan melihat dengan lebih dekat siri edisi terhad Iriz.

Hanya terdapat 2,000 unit Iriz Edisi Terhad ini yang berharga dari RM44,450 - RM49,130 di Semenanjung Malaysia.

Tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih Proton pada bulan




Seri Kembangan, 10 November 2016 – PROTON Holdings Berhad ("PROTON" or "the Company") introduced the Limited Edition Iriz at the Mines International Exhibition and Convention Centre (“MIECC”) here today. The debut is in conjunction with the Malaysia Autoshow 2016 which is being held from 10 - 13 November 2016.



The PROTON Design Series which featured the Limited Edition Iriz (“Limited Edition Iriz”) comes in 2 variants, the Iriz 1.3 Standard CVT and Iriz 1.3 Executive CVT with attractive decals of either ‘Honeycomb’ or ‘The Stripe’. The Honeycomb decals can be found on the Graphite Grey and Cotton White colours and The Stripe decals on Fire Red and Atlantic Blue colours. These sporty limited edition design series are a treat from PROTON to its customers seeking exclusivity embodying youthfulness, modernity and progressive lifestyle.



Customers are invited to the MIECC to experience the atmosphere at the autoshow and have a first look at the latest Iriz Limited Edition series. Only 2,000 units of the Limited Edition Iriz will be made available with prices starting from RM44,450 – RM49,130 for Peninsular Malaysia. These series are open for booking at all PROTON outlets nationwide. In addition, Proton is also offering discounts of up to RM8,000 for selected models in the month of November.

Khamis, 10 November 2016

RAFIZI SENGAJA KELIRUKAN RAKYAT



Walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan, pihak pembangkang yang dikepalai YB Rafizi Ramli masih berkeras mahu mengelirukan rakyat bahawa Malaysia Rail Line Sdn Bhd (MRLSB), syarikat khusus yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memiliki dan mengendalikan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kononnya dimiliki oleh dua individu dan bukannya kerajaan Malaysia.

Izinkan saya untuk menjelaskan sekali lagi dalam bahasa yang mudah bahawa YB Rafizi adalah salah, dan beliau dengan sengaja mahu mengelirukan rakyat.

Bagi memudahkan penubuhan awal MRLSB, kedua-dua orang pegawai Kementerian iaitu Dr Yusof Ismail dan Ahmad Suhaimi Endut telah dinamakan sebagai Pengarah Pertama dan Pemegang Saham Pertama.

Kemudiannya, saham-saham tersebut telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 12 Oktober 2016.

Walaubagaimanapun, berdasarkan Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat tidak perlu memohon kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") untuk mendaftarkan mana-mana perpindahan saham (Borang 32A).

Oleh yang demikian, sebarang pertukaran hakmilik (berdasarkan perpindahan saham) tidak akan ditunjukkan dalam sistem SSM selagi syarikat berkenaan belum mengemukakan laporan tahunannya (permohonan ini perlu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan [AGM] dan AGM pertama sesebuah syarikat baharu adalah dalam tempoh 18 bulan penubuhannya).

Ini menjelaskan kenapa laporan carian di SSM yang dibuat oleh YB Rafizi masih menunjukkan nama kedua-dua pegawai tersebut sebagai pemegang saham MRLSB sedangkan sebenarnya pemegang-pemegang saham terkini syarikat tersebut adalah Kementerian Kewangan (MOF) dan PTP.

Sekiranya YB Rafizi benar-benar membuat kajian sebelum melemparkan tuduhan, sudah pastilah beliau tidak dipandang sebagai seorang yang terdesak untuk mendapatkan 'brownie points' sehingga menjejaskan kredibiliti beliau sendiri.

Abdul Rahman Dahlan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.

10 Nov 2016



Sent from Samsung tablet.

Rabu, 9 November 2016

PROJEK KERETA API PANTAI TIMUR TELAH DIBINCANG SEJAK 1981



LAWATAN Perdana Menteri ke China baru-baru ini adalah antara diplomasi paling bersejarah buat rakyat di akar umbi di negara ini.

Dengan pelaburan yang mencecah sebanyak RM144 bilion mencakupi pelbagai sektor ekonomi, yang paling mendapat perhatian kawan dan lawan Perdana Menteri adalah tentang projek Pantai Timur Rail Line (ECRL).

ECRL sepanjang 688 kilometer ini bakal menghubungkan Pelabuhan Klang ke Gombak dan ke Tumpat, dengan memotong pergunungan "tulang belakang Semenanjung Malaysia" iaitu Tititwangsa. Ia dijangka akan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkan kesemua fasa projek tersebut.

Namun demikian, lumrah kumpulan pembangkang di Malaysia yang tidak senang melihat sesuatu perkara untuk kesejahteraan rakyat dibina oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Projek yang menelan belanja RM55 bilion ini turut terkena tempias fitnah dari mereka. Ada dalam kalangan mereka yang membidas tindakan Perdana Menteri menandatangani pembinaan ECRL dengan negara China ini merupakan suatu perkara yang terburu-buru.

Apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebenarnya telah mencadangkan ECRL ini sejak dari tahun 2007 lagi sebagai projek penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di koridor ini di mana anggaran kos awal adalah dari RM30 bilion kepada RM70 bilion.

Malah, satu lagi fakta yang ramai tidak tahu bahawa ECRL ini sebenarnya telah bermula sejak 1981 dengan pelbagai peringkat perbincangan secara berkala.

Soalnya sekarang siapa Perdana Menteri ketika tahun 1981 itu jika tidak Tun Hussien Onn, manakala timbalannya pula adalah Dr Mahathir Mohamed sendiri?

Jika perlaksanaan ECRL pada hari ini adalah bertujuan untuk menutup segala hutang piutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), soalnya sekarang adakah 1MDB sudah wujud pada tahun 1981?

Sebagai seorang timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir harus bertanggungjawab dan menjawab kembali persoalan ini. Bukan sengaja tahu membuat provokasi dan tohmahan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita boleh bayangkan sendiri, sebuah projek pembangunan yang amat bermanfaat kepada rakyat khususnya di kawasan Pantai Timur sebegini tidak mampu atau sengaja tidak dilaksanakan semasa Dr Mahathir berkuasa selama 22 tahun.

Adakah tempoh 22 tahun itu masih tidak cukup untuk Dr Mahathir mencari pemaju kontraktor dan merancang sebuah rel kereta api? Jika benarlah masa itu tidak cukup baginya, ia bermakna Najib Razak jauh lebih hebat berbanding Dr Mahathir.

Selama hampir 31 tahun selepas itu, barulah projek ECRL ini berjaya menampakkan "sinar di hujung terowong" apabila Najib Razak sendiri berbincang dan bekerjasama dengan China.

Mungkin inilah yang harus rakyat di kawasan Pantai Timur perlu tahu akan komitmen dan kesungguhan Najib Razak dalam memberi kemajuan yang seimbang bukan sahaja kepada kawasan Pantai Barat, Sabah dan Sarawak, malah turut tidak dikesampingkan mereka yang berada di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Mahathir selaku Perdana Menteri selama 22 tahun harus insaf dan malu dengan perkara ini, serta rakyat harus mengetahui perkara yang sebenar.

Tulisan :
Beruang Biru
BB124, Rabu
9 November 2016



Sent from Samsung tablet.

KEHADIRAN TUN M HANYA GIMIK POLITIK

KENYATAAN MEDIA

YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI



KUALA LUMPUR –  Tindakan Ahli Parlimen pembangkang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen menunjukkan mereka begitu terdesak sehingga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak luar. Tindakan itu juga tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang.

2.         Saya hairan kenapa pembangkang tidak menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada bagi membawa usul untuk dibincangkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui di dalam Dewan Rakyat.  Mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor pernah membawa usul  kepada Dewan Rakyat berhubung isu penahanan beliau di Parlimen pada 26 Februari 2009. Usul itu telah diluluskan dan satu Jawatankuasa Pilihan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut. Jawatankuasa yang dibentuk itu turut dianggotai oleh Ahli Parlimen BN dan Pembangkang yang mana Lim Kit Siang (Ipoh Timur) juga antara ahlinya. Dewan Rakyat mempunya mekanisme dan prosedur  tersendiri untuk mengadili sesuatu perkara itu secara adil dan saksama.

3.         Justeru, saya berpandangan kehadiran Tun Dr Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem Parlimen hari ini. Mampukah Reformasi Parlimen yang kita telah laksanakan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ini direalisasikan ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri?

DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8 November 2016

MEMAHAMI KENAPA CHINA MENGAMBIL BERAT SOAL EAST COAST RAIL LINE


Oleh Ayman Rashdan Wong

Ramai yang kecoh pasal PM melawat China. Macam lah Malaysia baru mnjalin hubungan dengan Republik Rakyat China (PRC) semalam. Hakikatnya, sejak 28 April 1974 (tarikh Tun Abdul Razak membuat lawatan bersejarah ke China), 5 PM Malaysia telah pun melawat China sebanyak 15 kali. Tun Dr. Mahathir saja dah 7 kali: 1980, 1993, 1994, 1996, 1999, Feb 2001, Okt 2001. Dua orang Yang di-Pertuan Agong pula pernah mengadakan lawatan negara (state visit) ke China pada 1991 dan 1997. Beratus-ratus perjanjian meliputi kerjasama keselamatan, ekonomi dan kebudayaan telah pun ditandatangani. Semua ini tidak bermula pd tahun 2016!!!!!!

Bukan itu yang saya nak cerita. Cuma bagi saya, hujah yang mengatakan bahawa keterlibatan China dalam pembinaan landasan East Coast Rail Line (ECRL) semata-mata faktor politik domestik Malaysia adalah sangat dangkal (shallow) cetek ilmu dan tdk bijak. Sebenarnya, China nak buat semua itu adalah disebabkan kepentingan strategik yang lebih besar, iaitu menjadikan Malaysia sebagai satu hub dalam rangkaian "One Belt, One Road" (OBOR).

OBOR ialah satu strategi raya (grand strategy) yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013. "One Belt" merujuk kepada pembinaan laluan keretapi yang menghubungkan China dan Eropah melalui jalan darat yang merentasi Kazakhstan, Turki, Russia, Belarus dan lain-lain negara sehingga ke Rotterdam di Belanda. Manakala "One Road" pula merujuk kepada pembinaan pelabuhan di sepanjang jalan laut yang melewati Vietnam, Malaysia, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan lain-lain negara sehingga ke Venice di Italy. Kedua-dua jalan ini merupakan jalan perdagangan utama dunia sebelum abad ke-15 yang dikenali sebagai Laluan Sutera (Silk Road), laluan yang digunakan oleh pedagang Eropah untuk berdagang dengan China, sebelum Turki Uthmaniyyah menguasai Laut Mediterrenea pada abad ke-15 dan memaksa negara-negara Eropah mencari jalan alternatif melalui Lautan Atlantik dan Hindi. Ia diberi nama Laluan Sutera sebab barangan utama yang diimport dari China ialah sutera dan teh. Oleh itu, nama "One Belt" secara rasmi ialah "Silk Road Economic Belt" (SREB) manakala "One Road" dinamakan "The 21st Century Maritime Silk Road" (MSR). Xi melihat strategi ini sebagai penghidupan semula Laluan Sutera yang merupakan simbol ketamadunan China.

Kehebatan OBOR bukan saja pada skala geografinya, tetapi juga pada skala kosnya. Untuk menjayakan OBOR, perlu ada satu trillion (1,000,000,000,000) yuan, bersamaan dengan US$ 160 billion. Tapi mujurnya China banyak duit. Maka China pun mendirikan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia atau AIIB (US$ 100 billion) dan Dana Laluan Sutera (US$ 40 billion) untuk membiayai projek-projek OBOR. Bukan Malaysia saja, Britain pun menyertai AIIB. Tapi rakyat Britain yang sentiasa meletakkan kepentingan negara (national interest) dalam minda tak akan mengatakan bahawa pemimpin mereka menjual negara.

Apa tujuan OBOR? China selama ni bergantung pada jalan perdagangan laut yang meliputi Laut China Selatan dan Selat Melaka. 80% barangan import dan eksport China perlu melalui jalan ini dan jalan ini adalah sangat tidak selamat. Bila-bila masa, musuh-musuh China boleh menyekat laluan kargo China. Siapa musuh-musuh China? Amerika Syarikat dan Jepun. Kedua-dua negara telah lama merancang untuk menguasai Selat Melaka, tapi mujurnya ditolak oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia. India pula "frenemy", kadang kawan kadang lawan. Bayangkan kalau negara-negara ini menyekat laluan barangan China yang kritikal seperti petroleum (barangan import terbesar China), ekonomi China boleh lumpuh dalam sekelip mata. Maka, China memerlukan strategi untuk melindungi kepentingannya. SREB membolehkan China menggunakan jalan alternatif yang tidak dapat dicapai oleh Amerika dan konco-konconya, manakala MSR pula memperkuatkan lagi kedudukan China di kawasan Lautan Pasifik dan Hindi.

Dengan membina jaringan pelabuhan dan laluan keretapi, kargo China yang sampai di pelabuhan akan terus diangkut melalui laluan darat. Contoh, minyak dari Oman sampai ke Melaka, terus diangkut melalui keretapi ke Tumpat, dan disambungkan ke Thailand, seterusnya ke selatan China. Itu yang China lakukan di Pelabuhan Gwadar, Pakistan. Pelabuhan tersebut telah pun siap dan minyak import dari Arab akan terus disalur ke Xinjiang, China melalui paip minyak bawah tanah. Perjalanan dari Oman ke Pakistan selamat dari sebarang ancaman Amerika dan konconya. 

Pada asalnya, sebelum ada MSR, China mempunyai rancangan untuk membina Terusan Kra di selatan Thai. Dengan itu China boleh "bypass" saja Laut China Selatan dan Selat Melaka yang banyak masalah. Tapi apa akan jadi kepada Malaysia? Pelabuhan di Klang, Tanjung Pelepas, Johor, Penang, Bintulu, Kemaman semua boleh tutup kerana China tak akan guna, dan negara-negara lain pun akan ambil alternatif yang lebih selamat, berbanding dengan Selat Melaka yang terkenal dengan lanun yang banyak dan laluan yang sempit. Yang boleh pasti Singapura pun tak dapat hidup. Boleh agak Singapura telah pun melobi mati-matian supaya China tidak melaksanakan projek Kra dan digantikan dengan MSR.

Saya tidak pro-China. Tapi hakikatnya, Malaysia ialah sebuah kuasa kecil (small power), selamat atau tidak dalam sistem dunia bergantung pada kebijaksanaan dalam hubungan antarabangsa. Kebijaksanaan dalam mengurus hubungan dengan kuasa-kuasa besar. Untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara, apa yang perlu bukan slogan, tapi "balance of interests" di antara negara. Nak pastikan kedudukan Malaysia dalam perdagangan maritime kekal relevan, suka atau tidak, kita perlu bekerjasama dengan China dalam inisiatif seperti OBOR. Meraikan kerjasama dengan penuh berhati-hati, jangan tolak peluang ke negara-negara lain. Kedudukan Malaysia sebagai "laopengyou" (old friends) dalam hubungan luar China harus dimanfaatkan, jangan disia-siakan.  

Ya China memang pembuli. Tapi kepentingan di Laut China Selatan (LCS) hanya dapat dipertahankan melalui diplomasi dengan China, sebab China tak akan layan keputusan mahkamah whatever, dan keterlibatan Amerika dalam isu LCS bagai menyimbah minyak atas api kerana China anggap itu sebagai provokasi. Tak nampak kah sebaik saja Duterte melawat China sambil mengkritik Amerika, terus China membenarkan nelayan Filipina beraktiviti di Scarborough Shoal. Duterte mempraktikkan seni diplomasi, bukan retorik semata-mata.

Sementara negara-negara jiran kita (Filipina, Indonesia, Thailand) tengah berbaik-baik dengan China dengan menonjolkan kepentingan mereka kepada China, jangan kita ketinggalan. Jangan lupa negara-negara jiran ini masih ada "unfinished business" dengan Malaysia, katakan, Filipina mendapat sokongan China untuk menuntut wilayah Sabah, apa akan jadi kepada Malaysia? Tidakkah persahabatan Malaysia dengan China boleh menjadi "hedge" kepada situasi-situasi sebegini?

Memang bahaya pun jika bergantung kepada China. Itu sebab pentingnya hubungan dengan kuasa-kuasa besar lain untuk mewujudkan imbangan kuasa (balance of power), tak kira lah dengan Amerika, Jepun, Russia, India atau Australia. Kerajaan dah lama sedar pun kebergantungan China boleh mengundang kemudaratan, itu sebabnya Malaysia menyambut "Pivot to Asia" di bawah Obama. Tapi kalau pergi Amerika pun, orang kutuk, pergi Jepun pun orang kutuk, pergi Russia pun orang kutuk, nak buat macam mana?

C&P
TUN HANIF OMAR
3/11/16

Selasa, 8 November 2016

SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA




YAB Perdana Menteri

Bagi pihak pengundi kawasan saya dan seluruh rakyat di Pantai Timur, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha YAB Datuk Seri dalam melaksanakan East Coast Railway Line (ECRL). Kereta api bersejarah ini bukan hanya sekadar satu projek,tapi umpama satu titik dakwat terang tertera pada sehelai kertas yg putih. Ia secara radikal akan mengubah kehidupan rakyat sepanjang koridor Pantai Timur, mewujudkan pekerjaan yang baik dan peluang ekonomi kepada rakyat biasa dari yang sekecil-kecil daripada kampung hinggalah  ke sebesar-besar daripada bandar.

Saya amat berpuas hati kerana, seperti yang YAB Datuk Seri sedia tahu, isu ini berada dekat di hati saya. Di Parlimen, sebelum ini saya telah berkali kali mengetengahkan isu jurang perbezaan antara wilayah,antara negeri Pantai Barat dan Pantai Timur. Dan saya sering mengutarakan betapa  negeri Pantai Timur harus dibawa keluar daripada situasi kemiskinan dan kemunduran.Saya telah berkali kali  menyentuh isu perbezaan ini semasa UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG, pada Mac 2015. Sekali lagi, pada bulan Jun saya berucap panjang lebar di Parlimen semasa perbahasan RMK-11. Jadi, projek ECRL ini dan perhatian peribadi YAB Dato' Seri terhadap Negeri negeri Pantai Timur mengembirakan dan memuaskan hati saya.

Saya gembira kerana YAB Dato' Seri mempunyai keberanian dan komitmen tinggi untuk melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu. YAB Dato' Seri berhak mendapat kredit yang tinggi kerana membuat satu usaha yang berani dan belum pernah dilakukan sebelum ini bagi meletakkan negeri-negeri Pantai Timur sebahagian dari Initiatif One Belt One Road (OBOR) dan inisiatif New Maritim Silk Road (MSR) yang baru dilancarkan Republik Rakyat China. Ini sudah tentu akan menjadikan negeri Pantai Timur bakal mendapat manfaat terbesar dari ledakan ekonomi China.

YAB Dato' Seri tentunya sudah lama memahami bahawa rakyat di Pantai Timur telah ketinggalan dari segi ekonomi. Sudah terlalu lama, mereka telah disingkirkan dari kemakmuran dan kemajuan yang dinikmati di Pantai Barat, terutamanya di Lembah Klang. Sudah terlalu lama, bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosongkan belia yg terpaksa berhijrah.Ramai daripada mereka terdesak untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar besar di Pantai barat.Ibu bapa telah dipisahkan dari anak-anak mereka. Datuk nenek dari cucu mereka. Ramai yang telah terputus hubungan dengan keluarga mereka.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Semua itu akan berubah tidak lama lagi kerana initiatif Dato Seri.Apabila sudah siap, kereta api ini akan menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat, Singapura di Selatan, dan China di Utara. Kos barang akan turun, masa perjalanan antara Timur dan Barat akan singkat dan taraf hidup rakyat akan meningkat.Sebagai seorang Perancang Bandar,Saya dapat meramalkan Bandar-bandar  kecil Dan besar akan tumbuh dan kampung-kampung akan menjadi pusat pertumbuhan baru...dan peluang ini membolehkan belia kekal membina Dan memperkukuh ekonomi Dan kehidupan mereka ditempat sendiri.

Pada masa dahulu, Pantai Timur telah terpisah oleh kekurangan sistem perhubungan yg baik-Kelantan misalnya masih tidak mempunyai lebuh raya,walaupun ada yang baru nak dibina sekarang. Saya masih ingat sewaktu kecil betapa sukarnya perjalanan saya ke sekolah berasrama penuh di Ipoh dan Kuala Lumpur. Perjalanan dengan bas dan kereta api dari Kelantan adalah panjang dan sukar - satu realiti yang masih dialami oleh ramai penduduk Pantai Timur hingga hari ini, sama ada mereka peniaga,pelajar, petani, nelayan, atau seorang pelancung.Projek kereta api ini akan mengubah kehidupan mereka dengan cara yang mereka tidak boleh bayangkan sebelum ini.

Tidak lama lagi, seluruh Pantai Timur akan menjadi hab perdagangan,destinasi pelancungan,dan tumpuan pelaburan yang mengagumkan di pentas global.Segalanya kerana keputusan dan kebijaksanaan YAB Dato' Seri yang berpandangan jauh .Dengan mengambil kesempatan dari inisiatif OBOR China, Pantai Timur


Sent from Samsung tablet.

Sabtu, 5 November 2016

Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

KENYATAAN AKHBAR TAN SRI KHALID IBRAHIM.
5 NOVEMBER 2016

Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah:

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti
4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada.
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih

Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.

Di samping itu, pejabat Mentei Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat.

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor.

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10154764280968901&id=38012338900



Sent from Samsung tablet.