Sabtu, 7 Oktober 2017

Takut untuk debat, Pua hina rakan





Ahli Parlimen DAP Tony Pua menolak cabaran debat oleh timbalan pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Eric See-To Choong mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Dengan sombongnya dia memanggil See-To “nobody” (bukan sesiapa).

Pua berkata tarafnya untuk berdebat sekurang-kurangnya seorang ahli parlimen dan bukannya See-To yang tidak memegang apa-apa jawatan.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa, Pakatan ini ada sikap “kawan makan kawan”. Sebab itu Pua sanggup panggil See-To “nobody” walaupun mereka berdua pernah menjadi rakan seperniagaan. Malah See-To pernah memberi dana ketika Pua menghadapi masalah kewangan.

Tapi rakyat tahu Pua sebenarnya mahu menutup ketakutan dirinya untuk berdebat. Dahulu dia cabar Arul Kanda untuk debat tentang 1MDB tapi apabila cabarannya disahut, dia ubah syarat. Pua juga mahu tutup ketakutan DAP yang sehingga kini gagal memberi penjelasan yang nyata tentang projek terowong yang kosnya akan mencecah RM15bilion.

#PakatanProDAP #DAPpartiRasis #TolakPakatanPRU14