Rabu, 22 November 2017

Ahli Dap dan Pan Perak Bakal Disaman






Sebuah klip video dimuatnaik ke laman Facebook yang memaparkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberi gelaran pu**mak terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu ceramah parti itu di Ipoh, Perak Khamis lalu.

Ceramah yang diadakan dihadapan penyokong parti itu di Kg Simee Ipoh, turut dihadiri beberapa pemimpin kanan DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Harapan.

Dalam video berdurasi kira-kira dua minit itu, Kor Ming mengeluarkan kata kesat tersebut selepas menuduh anugerah Nation Building Brand ICON Leadership Award-Game Changer Icon yang diterima Dr Zambry daripada Brand Laureate Ogos lalu adalah dibeli.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Asmuni Awi dalam sidang akhbar mendakwa anugerah tersebut selepas pembayaran dibuat kepada BrandLaureate.

Presiden BrandLaureate Dr KKJohan bagaimanapun menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Asmuni sama seperti menghina dan memfitnah Anugerah BrandLaureate dan beliau menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu.

BrandLaureate juga mendesak supaya Asmuni memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

Pada tahun 2011 Nga Kor Meng juga pernah menggelar Perak sebagai Darul Katon dan Dr Zambry MB hitam metalik  yang haram jadah naik kapal selam dari Pangkor dengan Monggolia.





KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate dalam satu majlis di sini.

Hishammuddin menerima Anugerah ‘Brand Influencer Icon’, manakala Zambry pula dianugerahi ‘Game Changer Icon’.


Seorang lagi penerima di bawah kategori itu ialah Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Tan Sri Lim Kok Wing yang menerima Anugerah ‘Unity and Harmony Icon’.

Sementara itu, isteri perdana menteri kelima, Tun Jeanne Abdullah dianugerahi ‘The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership Award’ manakala Pro-Canselor Universiti Malaya Toh Puan Dr Aishah Ong menerima anugerah ‘BrandLaureate Hall of Fame-Lifetime Achievement’.
Anugerah terbabit disampaikan oleh Presiden BrandLaureate Tan Sri Rainer Althoff pada malam gala Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2017 di sini.
Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, anugerah BrandLaureate mengiktiraf pemimpin yang dalam kelasnya tersendiri dan mereka yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara serta masyarakat. — Bernama