Rabu, 22 November 2017

Ahli Parlimen Bintulu dan Kinabatangan Kurang Puas Hati Dengan Air Asia dan Mas Wing



Ahli Parlimen sudah lama sakit hati dengan perkhidmatan Mas Wing yang pada pemahaman MP Bintulu sangat Kong Ka Li Kong.

Beliau mahu Air Asia ambil alih perkhidmatan Mas Wing yang tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan penduduk setempat iaitu Bintulu.

Mas Wing menurut Dap telah di bayar subsidi oleh kerajaan sebanyak RM190 juta setiap tahun. Menurut menteri subsidi diberikan bagi membolehkan Mas Wing mengenakan caj tambang yang rendah.

Mas Wings merupakan anak syarikat Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007  untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar.

Mas Wings akan memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan 19 buah pesawat Fokker F-50 dan Twin Otter.  Tahun ini kontrak Mas Wing disambung untuk 7 tahun lagi. 

Menurut MP Kinabatangan, syarikat penerbangan paling buruk perkhidmatan penerbangan ialah Air Asia.  Air Asia dikatakan syarikat tambang murah tetapi sebenarnya amat mahal. Air Asia tidak membantu rakyat kerana andainya orang kampung lewat 10 minit mereka dihalang oleh syarikat. penumpang dari rakyat miskin menangis, mana mahu cari wang mahu beli tiket baru, Saya pun hairan bagaimana penerbangan ini menerima anugerah syarikat penerbangan terbaik.