Rabu, 22 November 2017

Yusuf Azmi PPIM Cemas Tangan Melekat 9 Jam ( Bangang Punya Kerja)







Kuala Lumpur, 22 Nov – Fazilah melakukan protes dengan melekatkan tapak tangannya menggunakan ‘super glue’ di lantai lobi pejabat syarikat minyak CALTEX di Damansara, Selangor akibat kecewa dengan cara penamatan operasi stesen minyak yang diusahakannya.

Beliau melakukan protes dalam keadaan duduk di lantai dan kekal dengan kedudukan itu sambil tangannya terlekat selama lebih 9 jam bermula 12 tengah hari sehingga 9.22 malam, hari ini, lapor MyMetro.

Beberapa individu termasuk Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi telah membantu usaha melepaskan tangannya daripada lekatan gam itu berdepan kesukaran kerana terlalu kuat

Nak protes apa, perjanjian memang memihak kepada Caltex. Ini bukan kali pertama, sudah banyak kes melibatkan Caltex jadi macam ni.

Apabila seseorang ingin membuka dan bekerjasama dengan Caltex kita mesti cari tanah, tetapi akhirnya tanah jadi milik depa.  Bila ada konflik dan permasalahan depa senang-senang tutup. Yang rugi kita terlepas hak milik tanah bernilai jutaan ringgit. di Kamunting ada sebuah Caltex tutup dan nak jual dengan harga berjuta ringgit, kini jadi port dadah dan haiwan liar. Di Cheras dekat Kg Conggo arwah suami sedara saya pun alami kes sama awal tahun 90an dulu.