Jumaat, 8 Disember 2017

AZMIN ALI SEMAKIN TERTEKAN DENGAN TINDAKAN DS JAMAL YUNUS


YAB Dato Seri Azmin Ali menteri besar Selangor semakin panas bontot. Panas kerana seluar nya sudah terbakar, api yang panas telah membakar seluar dan membogelkan beliau.

Hari ini Dato Seri Jamal  Md Yunus musuh nombor satu kepada Azmin Ali mendedahkan bahawa beliau memiliki video salah laku sumbang Azmin Ali.

Sebelum ini Azmin kepanasan kerana anak buah kesayangannya ditahan oleh SPRM atas kes rasuah pasir dan SPRM berjaya menemui wang tunai lebih RM4 juta di rumahnya.

Keesokan harinya adik beradik sedarah sedaging beliau iaitu Azwan Ali dan Ummi Hafilda telah mengkritik dan memaki hamun abang mereka atas skandal rasuah anak saudaranya.

Adalah lah diharapkan Dato Seri Jamal tidak membuat tayangan umum video tersebut kerana ia menyalahi undang-undang seperti mana yang berlaku kepada kes video Anwar Ibrahim yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara dahulu.

Sebaiknya serahkan kepada Jabatan Agama Islam  (JAKIM) untuk diambil tindakan mengikut undang-undang syariah.