Rabu, 27 Disember 2017

Dr Mahathir jiwa kacau ker?

Petronas lapor mereka ada wang tunai RM129 bilion.

Kalau kerajaan mahu bina dan milik bangunan Exchange 106 tentutlah bukan hal yang sukar. Cuma arahkan Petronas keluarkan duit sahaja - seperti yang berlaku apabila membina KLCC.

Tetapi kalau buat begini, tiada satu sen duit asing yang akan mengalir masuk ke Malaysia. Petronas juga berhak untuk menggunakan wang mereka untuk membangunkan core business mereka tanpa diambil dan digunakan untuk tujuan yang tiada kaitan dengan mereka seperti dahulu.

Walaupun bangunan Exchange 106 yang akan lebih tinggi dari KLCC dimilik oleh pelabur asing dari Indonesia, projek ini juga banyak menyumbang kepada kegiatan ekonomi dan menwujudkan peluan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Bangunan PNB 118 yang akan jauh lebih tinggi dari Exchange 106 dan KLCC juga sedang rancak dibangunkan. Bangunan ini yang akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan di ASEAN ialah 100% milik Malaysia melalui PNB.

Kalau hanya setakat mahu bangunan yang tertinggi di Malaysia, tiada beza kalau dibina menggunakan wang asing ataupun wang tempatan. 

Bangunan tinggi bukannya senang nak dipindah dan dihantar ke luar negara pun.

Eric See-To.

Mahathir jual negara kepada Singapura.

Pada 24 November 1990, Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenarkan Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) untuk membina empangan di Sungei Linggiu.

Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian ini, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Siapa sebenarnya yang jual negara? Siapa yang sudah gadaikan tanah negara yang sebesar 216 kilometer persegi kepada negara asing?

LSS.
----