Khamis, 7 Disember 2017

PROTON MERAIKAN 100 KAKITANGAN DI MAJLIS GRADUASI SERBA RINGKAS




Subang Jaya , 7 Disember 2017 – PROTON mengadaka n satu majlis graduasi untuk 100 orang kakitangan bagi meraikan pencapaian mereka dalam memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Majlis telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON Subang Jaya pada hari ini , di mana mereka menerima sijil - sijil dari pada YB Dato ' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato ' Dr Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, dan Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan YBhg Dato ' Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Ek sekutif PROTON turut hadir pada majlis tersebut .

Membina kereta dan membina modal insan


"PROTON bukan hanya membina kereta tetapi turut membina bakat. Kami menyediakan peluang kepada para pekerja kami serta memberikan galakkan kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada perkembangan diri dan kerjaya. Tambahan pula, pe mbelajaran merupakan proses yang berterusan di dalam kehidupan dan sijil yang diterima pada hari ini diharap dapat memberi motivasi kepada me reka untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi serta menyuntik keyakinan bahawa mereka boleh melakukan lebih ba ik dengan adanya pemikiran untuk memajukan diri , " kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Sijil Kemahiran Malaysia adalah sijil yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Kerajaan untuk latihan kemahira n. Terdapat 5 tahap pensijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang merupakan kelayakan yang diterimapakai untuk pekerjaan tertentu dan terpilih.

"PROTON telah bekerjasama dengan Jabata n Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia sejak dahulu lagi . Kami melihat penglibatan ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat PROTON t erhadap pembangunan negara. Syarikat tidak akan dapat menjalankan program ini tanpa kerjasama dari mereka dan manfaat ini bukan hanya terhad kepada pekerja, malah kepada majikan da n industri secara keseluruhan, " tambah Dr Li.


Dapatkan Bonanza Akhir Tahun PROTON


Sempena meraikan akhir tahun, para pelanggan boleh menikmati tawaran yang le bih baik daripada PROTON dengan promosi penyelenggaraan sebanyak RM0 sehingga 5 tahun * dan penjimatan sehingga RM8, 000 *. Penyelenggaraan RM0 te rmasuk minyak enjin dan kos pekerja. Kunjungi bilik pameran PROTON yang terdekat dan pandu uji kereta Proton har i ini.


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (100995 - U)
Persiaran Kuala Selangor,
Seksyen 26, 40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T (+603) 5102 6000
F (+603) 5191 9120

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e mel kepada kami di customercare@proton.com . Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial . Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton , melalui Google Play dan Apple App Store.

*Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana - mana terdahulu) ter masuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana - mana terdahulu. Nilai p enjimatan bergantung kepada model kereta. Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah dari sekarang sehingga Disember 2017.