Isnin, 19 Mac 2018

Mahathir Kena Maki Hamun, Punca Kelantan Mundur?



Akhirnya Mahathir mengaku susah nak bagi peruntukan kat Kelantan, sebab Mahathir kecewa kena maki hamun pemimpin Pas Kelantan ketika sebagai Perdana Menteri. Senang betul jadi PM ya? Kena maki hamun terus tak payah bagi bantuan.

Kalau ikutkan hari-hari PM Najib kena maki hamun oleh macai pembangkang. Malah imej PM Najib pun diburuk-burukkan pemimpin PH di seluruh dunia. Tak ada pula dengar PM Najib sekat peruntukan kepada semua negeri?

Malah di negeri-negeri pembangkang, kerajaan tetap salurkan peruntukan, seperti di Kelantan (RM1.94 bilion), Pulau Pinang (RM950.44 juta) dan Selangor (RM3.63 bilion). Kalau ikut 'formula' pembangkang habis mundur la semua negeri yang tak sokong Mahathir.

Itulah sebab bila ada tanya kenapa Kelantan masih lagi tiada highway dan bekalan air bersih. Sebab jawapan Mahathir "saya kena maki hamun!"

#TolakTunM
#PakatanProDap
#TolakPakatanPRU14