Isnin, 20 November 2017

Apa sudah jadi dengan Pakatan tiada Harapan?

Program malam ini dijanjikan sesuatu yang menarik. Pakatan dengan penuh yakin dewan akan sesak dengan puluhan ribu penonton.

Apakan daya janji tinggal janji. Manifesto PRU 12 dan 13 masih tidak tertunai. Rakyat terus ditipu dengan janji adik manis. 

2017 rakyat Selangor sekali lagi dijanjikan dengan pelbagai insentif seperti peduli sihat, smart sewa pendidikan percuma bantuan ibu tunggal, bantuan anak lahir dan segala macam lagi. Reality nya habuk pun tarak. 

Jalan semakin berlubang, rumput tepi jalan semakin menjadi hutan simpan. Kos hidup semakin meningkat, tol tak ada yang turun, naik sudah pasti.

Kad peduli sihat bernilai RM500 sahaja bagaimana pula dengan kos ubat jika mencecah ribuan ringgit seperti yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Yang untung ialah klinik klinik panel swasta .

Rumah mampu milik tak nampak pun, yang ada ialah rumah mampu tengok. Lereng bukit pantang nampak habis diratakan untuk projek perumahan mampu tengok. 

Hutan semakin berkurangan.  Kawasan setinggan belum berjaya dihapuskan. Yang tinggal dirumah Transit semakin dilupakan. 

Sampah masih menjadi masalah utama dan tidak diuruskan dengan baik.

Masalah air terutama dikawasan perumahan pangsapuri banyak belum diselesaikan lagi. Mujurlah tahun ini seluruh negara banyak menerima hujan sampai melimpah ruah air banjir.

Pertukaran menteri besar daripada Tan Seri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali pun menyebabkan rakyat muak dengan politik PKR.  

Berbalik kepada ceramah malam ini . Kegagalan utama ialah ketiadaan orang Pas seteĺah Pas talak 3 dengan PH.  

Sebelum sebelum ini segala aktiviti akan dipenuhi olah penyokong Pas. Tanpa PAS royup Pkr  Pan dan Dap.  Tambah pula dengan kehadiran Mahafiraun dan mahazalim.  Lagi lah rakyat meluat.

Nasib kau lah labu !!!!